Hiburan: May 28, 2020 at 04:23AM
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa kota suci Makkah bakal dibuka semula bermula 31 Mei ini. Menurut laporan AlJazeera, kesemua sekatan yang dilakukan bakal berakhir dan masyarakat di Arab Saudi boleh menjalani kehidupan seperti biasa termasuk mendirikan solat pada hari Ahad ini.
Perhimpunan sosial masih dilarang
Foto: Reuters
Menurut Kementerian dalam Negeri Arab Saudi, terdapat 3 fasa yang bakal berlaku di negara tersebut. Fasa pertama, perintah berkurung 24 jam akan dikurangkan menjadi 15 jam panjang iaitu dari 3 petang hingga 6 pagi mulai hari ini. Manakala, pergerakan bebas antara wilayah dan beberapa aktiviti runcit dan borong, termasuk pusat membeli-belah akan dibenarkan beroperasi semula.
Melalui fasa kedua, pergerakan bebas akan dibenarkan antara pukul 6 pagi hingga 8 malam. Penerbangan domestik pula akan dibenarkan untuk beroperasi semula, tetapi larangan penerbangan antarabangsa masih kekal. Kakitangan sektor awam dan swasta akan dibenarkan kembali ke pejabat mereka. Namun, perhimpunan sosial lebih daripada 50 orang masih dilarang, termasuk majlis perkahwinan dan pengebumian.
Perlu ikut langkah keselamatan
Solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram akan diteruskan dengan mengikut langkah keselamatan sedia ada. Setiap masjid akan dibuka 20 minit awal buat para jemaah dan akan ditutup semula selepas 20 minit kesemua jemaah selesai melakukan ibadat.
Kesemua warganegara turut diminta memakai topeng di tempat awam dan meneruskan langkah-langkah kebersihan dan jarak sosial. Ziarah Haji dan Umrah, masih ditangguhkan oleh kerajaan Arab Saudi sehingga suatu tarikh akan diberitahu kelak.
Sumber: AlJazeera
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment