Pages

Hiburan: KKM Kesan Kluster Kilang Di Pedas Libatkan Ramai Warga Asing, 60 Orang Disahkan Positif

Hiburan: May 8, 2020 at 11:04AM

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media hari ini memaklumkan terdapat satu kluster baharu yang dilaporkan pada 2 Mei 2020 yang lalu dengan melibatkan pekerja di sebuah kilang di Pedas, Rembau.

Kluster Pedas


Menerusi sidang media tersebut, Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu pihak KKM mula mengenalpasti kewujudan kluster selepas salah seorang daripada pekerja kilang terbabit kurang sihat. Beliau mengalami simptom-simptom Covid-19 seperti demam, batuk, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April yang lalu. Difahamkan, sehingga kini kluster ini telah menjangkiti seramai 60 individu.

Beliau mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan ujian Covid-19 dijalankan pada 10 April. Pada 12 April, keputusan ujian pengesanan Covid-19 disahkan positif.

Masih dalam siasatan

Sementara itu, kesemua kontak rapat pekerja kilang tersebut telah pun disaring termasuk pekerja kilang yang lain dan ahli keluarga. Pihak KKM masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar jangkitan kluster tersebut.

Sehingga 8 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 786 orang telah disaring yang terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka. Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan. Kes-kes positif kluster ini melibatkan tujuh (7) warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara iaitu
• 25 kes warga Nepal
• 18 kes warga Bangladesh
• Lapan (8) kes warga Indonesia
• Dua (2) kes warga Myanmar

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pada hari ini iaitu 8 Mei 2020 terdapat 68 kes baharu dilaporkan dan 4 daripada kes tersebut merupakan kes import. Seramai 88 orang telah sembuh dan dibenarkan pulang ianya sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes  sembuh adalah sebanyak 4864 kes dan tiada kematian baharu dilaporkan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular