Pages

Hiburan: Temui Cinta Baru, Zara Zya Gesa Peminat Usah Atur Kehidupan Peribadi

Hiburan: May 8, 2020 at 11:04AM

Berkongsi berkenaan status dirinya yang kini difahamkan sudah menemui cinta baru, Zara Zya kecewa apabila wujud segelintir peminatnya yang mahu aktres itu bercinta dengan orang lain.

zara zya

Menurut Zara, beliau mahu tidak mahu peminatnya mengatur perjalanan hidup malah menyeru untuk menyayangi dan menyokong karier seninya.

Tambah Zara, perkara seperti itu bagai memberi tekanan kepadanya kerana beliau juga merupakan manusia biasa.

zara zya

"Bila saya ambil langkah sangat berani untuk memuat naik kenyataan buat kali pertama di IG mengenai kekasih saya, ramai yang luah rasa kecewa sebab mereka mengharapkan sebaliknya.

"Ada segelintir mereka ini yang ingin menentukan jalan hidup saya. Kalau nak sayang, sayang saya sahaja.

"Sayang saya tanpa perlu mengaturkan hidup saya macam mana. Jangan la sampai pasangan pun korang nak tentukan. Sedikit sebanyak beri tekanan kepada saya. Bukan tertekan sampai tak boleh buat apa.

Tapi ia ada juga menggangu saya. Selebriti juga manusia biasa," kata Zara kepada mStar.

Sebelum ini Zara ada memuat naik kapsyen romantik di Instagramnya sekaligus mengakui yang dirinya kini sedang bahagia bersama insan tersayang.

Namun pelakon drama Tuan Anas Mikael itu sekali lagi menyatakan bahawa terlalu awal untuk mendedahkan identiti kekasihnya itu kerana kedua-dua mereka masih lagi dalam proses berkenalan.

Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu, Zara pernah mengikat tali pertunangannya bersama pelakon Hafreez Adam namun hubungan itu kecundang selepas hanya tiga bulan bertahan.

Sumber: mStar



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular