Pages

Hiburan: Lemas Sedalam 3 Meter, Dua Beradik Maut Di Kolam Ikan

Hiburan: May 28, 2020 at 02:58AM

Di Balik Pulau, Pulau Pinang, dua beradik ditemui lemas selepas disedari hilang ketika bermain di kawasan kolam ikan sebuah tapak stor semalam. Menerusi laporan Berita Harian, kanak-kanak lelaki dan perempuan itu dipercayai berusia empat dan lima tahun.

Kolam sedalam tiga meter

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan memberitahu bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 1.15 petang. Tambahnya, laporan itu dibuat oleh bapa mangsa yang merupakan warga Indonesia.

Menerusi siasatan awal, ibu mangsa mendakwa anak perempuannya ditemui sudah terapung di dalam kolam yang tidak jauh dari rumah mereka. Bapa mangsa yang tiba sejurus kemudian turun ke kolam sedalam tiga meter bagi mendapatkan anak lelakinya.

Hasil pemeriksaan, kedua-dua mangsa didapati sudah meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tujuan bedah siasat. Kes kematian kanak-kanak tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Berita Harian



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular