Pages

Hiburan: Pengurus Tolak Dakwaan Shah Radhi Hazvee Bawa Lari Isteri Orang

Hiburan: May 28, 2020 at 02:29AM

Semalam kecoh apabila seorang pelakon lelaki baru yang sering muncul dalam drama tempatan didakwa membawa lari isteri orang yang juga merupakan bekas pengurusnya.

Dek gosip panas itu, netizen telah menggunakan keupayaan mereka untuk menyelidik siapakah gerangan lelaki berusia 23 tahun tersebut. Selepas berusaha keras, identiti pelakon itu berjaya dibongkarkan sebagai Muhammad Shah Radhi Hazvee.

shah radhi hazvee bawa lari isteri orang

Kisah bermula apabila seorang suami melaporkan kepada pihak polis bahawa isterinya yang berusia 24 tahun telah dibawa lari selepas wanita itu keluar rumah tanpa kebenaran bersama seorang lelaki yang dikenali.

Kata lelaki itu lagi, pelakon tersebut telah berhubung dengan isterinya dan cuba memperdaya dan memikat wanita tersebut kerana mahukan sesuatu. Dek laporan itu, pelakon baru itu dikatakan telah direman sejak Rabu sehingga Sabtu nanti bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Disebabkan berita ini kecoh di serata media sosial, pengurus pelakon tersebut iaitu Leana Sharif mengakui bahawa memang benar Shah Radhi Hazvee telah direman untuk membantu siasatan itu.

Pun begitu, pengurusnya menolak untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini memandangkan pelakon jagaannya itu masih lagi ditahan.

"Saya tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan kerana tak mahu mengganggu siasatan polis. Dia akan direman selama empat hari. Selepas tempoh tahanan reman selesai, baru kami boleh keluarkan kenyataan."

shah radhi hazvee bawa lari isteri orang

Leana juga tidak terlepas untuk membela Shah Hazvee dan menjelaskan bahawa tuduhan lelaki itu melarikan isteri orang adalah tidak benar dan bercanggah sama sekali dengan khabar angin yang bertiup kencang.

Meskipun difahamkan akan direman selama 4 hari tetapi pelakon yang pernah membintangi drama Monalisa itu dijangka akan dibebaskan hari ini.

Nantikan kenyataan lanjut megenai kes ini.

Sumber: Gempak



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular