Hiburan: May 20, 2020 at 02:23PM
Penyanyi dan pelawak, Mark Adam mengimbau kembali memori ketika dirinya menyertai pertandingan nyanyian di Cebu, Filipina. Menurut Mark, dia meraih gelaran juara dalam pertandingan tersebut dan pada ketika itu usianya baru 12 tahun.
Berjaya menang 5 kali
Gambar ni umur saya 12 tahun selepas menjaji pemenang juara pertandingan menyanyi tv9 di Cebu filipina dan itu lah baju saya paling gempak masa tu. Dulu dulu pertandingan menyanyi tiada kategori semua Orang tua dan budak2 masuk sekali bertanding, tapi seorang kena menang 4 kali dalam sebulan supayah boleh masuk ke final, pertandingan berlansung 1 kali seminggu dan saya berjaya menang 5 kali dan berjaya masuk ke final.
Hadiah Juara masa tu adalah trofy dan duit 2500 Peso kalau dalam duit Malaysia RM200, itu tahun 1991. Ayah saya tanya duit tersebut saya nak buat apa. Manakala, saya bertanya kepada mak dan dia mahukan tv. Keesokan harinya ayah belikan tv. Mak saya memang suka tv dari dulu sampai sekarang! Cita cita menjadi seorang penghibur! Alhamdulillah.
Menerusi posting yang dimuat naik Mark, gambar tersebut diambil pada tahun 1991. Menurutnya, zaman dahulu pertandingan menyanyi tiada kategori dan semua peringkat umur boleh bertanding. Tetapi, setiap orang perlu memenangi 4 kali dalam sebulan supaya boleh mara ke final.
Berjaya merangkul gelaran juara, Mark memberitahu dia menerima trofi dan wang . Wang yang diperoleh itu, Mark membeli televisyen buat ibunya. Ini kerana, ibunya sangat gemar menonton televisyen.
Baca ikut cara kau
Rata-rata rakan artis meninggalkan komen di mana mereka membaca posting berkenaan dengan cara Mark. Manakala, netizen pula kagum dengan sikap Mark yang sering mengutamakan kedua-dua orang tuanya.
Sumber: Mark Adam
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment