Hiburan: May 20, 2020 at 03:13PM
Berkongsi foto terbaru di Instagram miliknya, nama Zulin Aziz kini menjadi perhatian netizen apabila perubahan pada bentuk fizikalnya menjadi bualan ramai.
Zulin yang sebelum ini bergelut dengan masalah berat badan mampu menarik nafas lega apabila tubuhnya kinimula menyusut selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu.
Menurutnya, antara faktor yang menyebabkan beliau kurus adalah kerana tidak menjamah nasi sejak tahun lalu.
"Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air."
View this post on InstagramTak sabar nak share dengan korang koleksi tudung terbaru dari @dmagiafashion_official
A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on
"Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang."
Mengakui tubuhnya makin langsing apabila mengamalkann sejenis minuman yang mana dirinya menjadi testimoni kepada produk tersebut.
Kongsi Zulin lagi, berat badannya menyusut kepada 60 kilogram selepas mengamalkan produk berkenaan, malah Zulin juga menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana "makan hati".
"Saya buat semua ini untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa. Semuanya untuk kepuasan sendiri."
Terdahulu, Zulin merupakan salah seorang selebriti yang sering dikecam netizen dan dijadikan bahan lawak susulan bentuk fizikalnya yang agak gempal.
Sumber: BH Online
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment