Pages

Hiburan: Pelajar IPT Positif Covid-19 Di Daerah Muallim, PKD Minta Penduduk Duduk Rumah

Hiburan: May 14, 2020 at 03:42AM

Pada 27 April lalu, semua pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta dibenarkan  pulang ke kampung halaman masing-masing. Usaha ini dengan kerjasama pelbagai agensi dan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelajar dari pusat pengajian ke rumah masing-masing.

Terbaru, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim mengesahkan ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah itu positif COVID-19 selepas menjalani saringan menerusi Ops Hantar Pelajar.

Pelajar positif Covid

(sekadar gambar hiasan)

Menurut PKD Muallim, pihaknya dengan bantuan pusat kesihatan IPT itu mengambil inisiatif membuat pengesanan kontak rapat yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19 di salah satu kampus IPT itu.

Tujuannya adalah mengesan awal secara pencarian aktif kemungkinan positif COVID-19 dalam kalangan warga IPT kampus itu.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengesanan aktif, saringan kesihatan COVID-19, sampel ujian calitan COVID-19, arahan kuarantin, pendidikan kesihatan COVID dan pengurusan kesihatan mental dan lain-lain.

Justeru itu, PKD Muallim meminta semua warga daerah itu agar tidak panik, sentiasa berada di rumah dan keluar sekiranya ada urusan penting sahaja.

Respon orang ramai

Sumber : Bernama



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular