Pages

Hiburan: Ustaz Ebit Lew Syukur 10,000 Helai Kurta Telah Siap

Hiburan: May 14, 2020 at 03:42AM

Mengakui pernah berdepan pelbagai ujian sebelum ini, pendakwah Ustaz Ebit Lew zahir rasa syukur apabila butik miliknya Elew's Design mendapat tempahan luar biasa.

ebit lew

 

Menerusi perkongsian di laman instagramnya, beliau yang tidak putus menerima tempahan daripada pelanggan sejak minggu lalu difahamkan terpaksa mencari seramai 100 orang tukang jahit bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Lebih menarik, Ebit juga kini memaklumkan bahawa sebanyak 10,000 helai pakaian kurta telah pun siap untuk dijual kepada pelanggan.

"Pohon doakan yer…syukur 10 ribu helai kurta @elews_design dah siap.

"Sekejap jer habis baru ini. Teima kaseh sokongan dan doa. Baru restock. Syukur.

"Siapa nak beli kurta boleh beli di link di shopee. Ada link di story. Onlie sahaja. Butik tutup," tulisnya.

Menurutnya, jumlah produksi pakaian sebelum ini sudah habis dibeli pelanggan malah beliau juga telah menambah banyak lagi jumlah kurta untuk dijual secara dalam talian.

ebit lew

Ebit yang kelihatan amat syukur itu turut berterima kasih kepada pengikutnya atas segala sokongan yang diberikan.

Tambahnya lagi, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pembelian hanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja kerana butiknya ditutup buat sementara waktu.

Selain mendoakan kesejahteraan pendakwah ini agar sentiasa dimurahkan rezeki untuk terus berbakti dalam melakukan kerjanya amalnya, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut gembira dengan berita berkenan dan kelihatan tidak sabra untuk membelinya.

 

 

 

 



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular