Pages

Hiburan: Penyelidik Perubatan Ditemui Mati Ditembak, Hampir Buat Penemuan Penting Mengenai Wabak

Hiburan: May 7, 2020 at 06:15AM

Seorang profesor dan juga merupakan penyelidik perubatan di Amerika Syarikat yang dikatakan telah hampir membuat penemuan signifikan berkaitan Covid-19 ditemui mati akibat ditembak.

Mati ditembak

Menerusi laporan yang dipetik daripada BBC News, penolong profesor penyelidikan yang dikenali dengan nama Bing Liu ditemui mati di rumahnya dalam keadaan yang sangat menyayat hati di mana terdapat banyak kesan tembakan pada bahagian kepala, leher, badan dan kakinya.

Menurut kenyataan Jabatan Polis Ross memberitahu pihak penyiasat telah menemui satu mayat lelaki yang dikenali dengan nama Gu berada di dalam sebuah kereta yang terletak berdekatan dengan rumah mangsa. Gu dipercayai merupakan suspek yang telah membunuh Liu. Sebaik sahaja selepas membunuh, Gu dipercayai telah membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri.

Mereka saling mengenali

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kedua-dua mereka saling mengenali dan mereka dipercayai pernah bertengkar antara satu sama lain yang membabitkan hubungan intim. Menurut pihak polis, mereka langsung tiada menemui bukti yang menunjukkan pembunuhan ini berlaku kerana urusan kerja penyelidikan yang dilakukan mangsa.

Liu hampir membuat penemuan yang sangat penting untuk memahami mekanisme selular yang mendasari jangkitan SARS-CoV-2 dan asas selular dari komplikasi tersebut.

Dalam pada itu, pihak universiti turut meluahkan rasa sedih dan dukacita dengan pemergian seorang profesor yang sangat berpengalaman dan dikagumi ramai itu.

Sumber: BBC News, CNN



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular