Pages

Hiburan: Promosi Daging Dhab Sebagai Menu Berbuka Puasa, Netizen Persoal Hukum & Ini Jawapannya

Hiburan: May 7, 2020 at 06:15AM

Dhab merupakan sejenis biawak yang hidup di padang pasir. Dari segi sains, binatang dhab ini dikelaskan sebahagian daripada keluarga cicak. Tambahan pula, Dhab merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur dan mempunyai kulit bersisik tebal.

Di Facebook, seorang lelaki menjadi bualan hangat netizen apabila dia memuat naik satu posting yang mempromosikan dan menjual daging haiwan berkenaan. Pelbagai persoalan turut bermain di fikiran masyarakat mengenai hukum makan haiwan tersebut.

Menu berbuka paling lazat

 

 

Menerusi Facebook Azr Garden, lelaki ini memberitahu bahawa bekalan biawak padang pasir ini masih mencukupi. Tambahnya, haiwan tersebut mampu dijadikan menu berbuka yang paling lazat di bumi ini. Namun begitu, rata-rata netizen meluahkan perasaan ragu-ragu mengenai posting tersebut. Malah, pelbagai komen negatif turut ditinggalkan oleh mereka.

Tak selera nak makan

Halal untuk dimakan

Menerusi laman web Mufti Wilayah Persekutuan, dhab dikatakan binatang yang halal untuk dimakan kerana haiwan ini tidak memakan bangkai dan bukannya dua alam. Antara dalil yang digunakan oleh para ulama dalam mengharuskan memakan dhab ini adalah berdasarkan sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Sumber: Facebook & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular