Pages

Hiburan: Produk dUCk Habis Terjual Dalam Masa 30 Minit, Vivy Yusof Mohon Maaf

Hiburan: May 6, 2020 at 02:25PM

Memboikot sesuatu produk atau jenama yang sering kali terkait dengan isu sensitif khususnya barangan yang dikeluarkan oleh golongan selebriti tempatan semakin hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Vivy Yusof dUCk

Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof juga antara usahawan yang tidak terlepas terpalit dengan kontroversi seperti ini.

Vivy yang juga pengasas jenama dUCk sebelum ini didakwa menghina golongan B40 dan M40, malah beliau sekali lagi dihentam teruk oleh warganet apabila tudung jenamanya dikatakan meniru idea tudung jenama tempatan lain.

Namun, isu ingin memboikot produk jenamanya itu difahamkan hanya sekadar cakap kosong.

Hal ini kerana, Vivy baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila produk keluaran terbarunya habis dijual dalam masa 30 minit.

vivy yusof duck

Pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia itu dilihat seakan berlumba-lumba mendapatkan produknya, malah wujud juga segelintir pembelinya mengadu berkenaan laman sesawang Fashion Valet yang dikatakan mengalami kesesakan ketika mereka mahu membuat pembelian.

Vivy Yusof dUCk

Selain berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya, Vivy sekali lagi tampil memohon maaf kerana tidak dapat mengisi semula stok tersebut malah amat menghargai dan berterima kasih kepada pelanggan-pelanggannya yang tidak putus memberikan sokongan kepada jenama dUCk.

dUCk yang meraikan ulang tahun keenam tahun ini melancarkan enam produk istimewa edisi terhad buat pembeli setia mereka.

Justeru, isu ingin memboikot barangannya yang kecoh diperkatakan di media sosial oleh segelintir netizen itu. seakan tidak memberi sebarang kesan kepada penerima Young Entrepreneur Award from Tribute To Women Malaysia ini, namun perkara seperti ini seolah membuka lagi ruang rezeki terhadap perniagaannya.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular