Hiburan: May 15, 2020 at 06:53AM
Niat seorang Instamous dari Rusia yang dikenali dengan nama Marina Balmasheva untuk berkongsi kegembiraan mengenai perkahwinan bersama anak tirinya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dikecam oleh para pengikutnya di Instagram.
Kahwin dengan anak tiri
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Marina di laman Instagramnya memaparkan gambarnya bersama 'bekas' anak tirinya iaitu Vladimir ketika usia kanak-kanak itu berusia 7 tahun dan di sebelahnya menunjukkan gambar terbaru Marina dan Vladimir yang sedang berpelukan.
Dalam kapsyen yang ditulis Marina juga, dia menceritakan kembali kenangan manisnya bersama Vladimir sepanjang mereka bergelar 'ibu dan anak'. Bukan itu sahaja, wanita yang berusia 35 tahun ini turut mendedahkan perasaan cinta dan sayangnya kepada Vladimir sehingga dia berniat untuk mengahwini anak tirinya. Malah, dia juga meluahkan hasrat untuk memiliki zuriat bersama anak tirinya yang berusia 20 tahun itu.
Anda tidak pernah tahu saat kehidupan berubah dan detik anda bertemu dengan orang yang membuat anda tersenyum. Saya tahu ada yang menghakimi atau menyokong kami, tetapi kami gembira dan berharap anda juga begitu.
Dikecam netizen
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakannya mengahwini Vladimir. Difahamkan, sebelum ini Marina telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun bersama suaminya Alex yang berusia 45 tahun yang juga merupakan bapa kandung kepada Vladimir. Pasangan ini akhirnya telah bercerai sebelum mereka membawa haluan masing-masing.
Sementara itu, menurut laporan yang dipetik daripada The Sun, bekas suami Marina iaitu Alex mendakwa bahawa wanita itu juga pernah melakukan hubungan intim bersama anak tirinya, Vladimir ketika dia dan Alex masih lagi bergelar suami isteri. Marina walau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa dia hanya menjalinkan hubungan bersama Vladimir selepas dia dan suaminya itu berpisah.
Sumber: Marina Balmasheva, The Sun
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment