Hiburan: May 15, 2020 at 06:53AM
Impian seorang pemuda yang dikenali sebagai Ruzaini untuk melihat abangnya kembali menjalani kehidupan seperti manusia biasa masih lagi diharapkan sehingga kini. Menurutnya, dia tidak sanggup melihat dan mengenangkan nasib abangnya yang terlantar di atas katil selepas mengalami kemalangan jalan raya 2 tahun yang lalu.
Sudah 2 tahun lebih
Santai je haha pic.twitter.com/nV5ik6Ktc0
— ruzzwho ? (@ruzzzaini_) May 14, 2020
Berkongsi kisah sedih di Twitter, pemuda ini berharap rakan-rakan dan netizen dapat mendoakan kesembuhan abangnya yang dikenali sebagai Acit itu. Menurut perkongsian itu, Ruzzaini memberitahu abangnya kini mendapatkan rawatan fisioterapi secara berkala di pusat rehabilitasi selepas terbabit dalam kemalangan 2 tahun yang lalu.
Kena banyak bersabar
Pada masa yang sama, dia turut berkongsi pengalaman menjaga abangnya yang menghidap masalah brain injury. Dia turut mengakui masih trauma untuk menunggang motosikalnya sendiri selepas kemalangan yang menimpa abangnya itu. Tambahnya, abangnya terjatuh katil malam tadi dan mujur tiada apa yang berlaku.
Sumber: Ruzzaini
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment