Pages

Hiburan: Tahun Ni Raya Di Bandar? Ini 4 Aktiviti Korang Boleh Cuba Untuk Meriahkan Lebaran 2020!

Hiburan: May 29, 2020 at 03:18AM

Nampaknya Aildilfitri tahun ni benar-benar berbeza. Bukan setakat kita tak boleh rentas negeri, nak ziarah Aildilfitri di rumah berhampiran pun dah tak boleh tau. Bagi yang tak dapat pulang beraya di kampung halaman tu, janganlah bersedih.

Walaupun 'new normal' ini sedikit meresahkan, tapi kami yakin lebih banyak kebaikan untuk kita semua. Alang-alang ada peluang beraya di bandar tahun ni, apa kata korang cuba 4 aktiviti dekat bawah ni untuk bikin mood raya korang lagi syok!

1. Buat kad raya handmade

Bila dah lama sangat duduk di rumah, mesti ramai yang bosan dan buntu tak tahu nak buat apa. So, sempena Syawal tahun ni, korang boleh cuba hasilkan kad raya buatan sendiri. Sebenarnya belum terlambat kalau nak kirimkan pada keluarga atau kawan-kawan terdekat, raya kan sebulan!

Buat yang simple-simple je pun dah cukup bermakna tau, kami yakin idea kad raya handmade ni confirm buat ramai yang teruja. Selain masa lapang terisi, dapat jugak korang kembalikan nostalgia dan tradisi sewaktu hari raya dulu-dulu.

2. Belajar anyam ketupat

Hidangan ketupat boleh dikatakan dah jadi menu wajib di hari raya. Kalau takde ketupat macam tak lengkaplah raya kita. Bagi yang belum mahir menganyam ketupat, inilah masa terbaik untuk korang challenge diri!

Ketupat palas atau ketupat nasi? Pilih mana satu yang korang belum mahir. Lagipun dah banyak tutorial di internet. Mana tahu balik kampung nanti boleh buat kejutan dekat mak ayah atau mentua dengan hidangan ketupat air tangan sendiri.

3. Kuiz teka lagu raya ala PKPB

Zaman serba moden ni takde yang mustahil. Kalau sebelum ni sepanjang duduk di rumah korang banyak berhubung melalui video call, tak salah rasanya kalau raya ni ajak member buat kuiz guna medium yang sama.

Nak lagi seronok, buatlah kuiz bertema hari raya. Contohnya korang pasang lagu raya klasik dan kawan-kawan yang lain kena teka tajuk lagu atau sambung lirik lagu raya tersebut.

4. Jalan-jalan tengok lampu raya di Sunway City Kuala Lumpur

Bila dah selesai aktiviti di rumah, sekali sekala ajaklah member keluar jalan-jalan luangkan masa sambil menikmati keindahan malam di kota raya. Lokasi yang kami rasa paling cun korang patut singgah ialah Sunway City Kuala Lumpur.

Kalau korang nak tahu, setiap kali tiba musim perayaan di Malaysia contohnya Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krimas atau Hari Merdeka,  jalan raya di Sunway City Kuala Lumpur pastinya penuh dihiasi dengan kilauan lampu yang meriah.

Aildilfitri tahun ini Sunway City Kuala Lumpur nampaknya seolah-olah berjaya memujuk hati anak perantauan yang tak dapat pulang ke kampung halaman dengan dekorasi lampu raya yang luar biasa. Kami yakin mood raya korang akan lebih seronok berada di sini.

Cantik & memang insta-worthy!

Kalau korang luangkan masa jalan-jalan di sekitar Sunway City Kuala Lumpur, kami berani jamin korang takkan menyesal sebab dekat sini cukup cun untuk OOTD raya. Kalau setakat nak penuhkan album phone dengan gambar raya, satu malam di Sunway City Kuala Lumpur lebih daripada berbaloi.

Lepas penat bersiar-siar dan bergambar, korang boleh je order terus makanan dekat Sunway City Kuala Lumpur sebab ada kemudahan drive-thru tau. Pendek kata, bagi korang yang malas nak parking, bersiar-siar pusing dalam kereta je pun tak jadi masalah.

Simbolik semangat muhibbah

Dekorasi lampu raya di Sunway City Kuala Lumpur saban tahun tak pernah mengecewakan. Apa yang pasti, sinaran cahaya lampu yang penuh warna warni di sepanjang jalan bukan sekadar jadi tarikan biasa. Ia sebenarnya simbolik kepada semangat muhibbah yang sekian lama mengharmonikan negara kita Malaysia.

Lebih mengagumkan, setiap kali tiba musim perayaan, pengunjung yang datang ke Sunway City Kuala Lumpur juga terdiri daripada pelbagai agama, berbilang bangsa dan budaya. Walaupun berbeza, semuanya gembira berkongsi keunikan dan sama-sama meraikan perbezaan.

Jom beraya di Sunway City Kuala Lumpur!

Memandangkan sekarang kita dah diberi kelonggaran untuk bergerak dalam negeri masing-masing dengan pematuhan kepada SOP baharu, jadi jomlah kita berkunjung ke Sunway City Kuala Lumpur dan beraya di sana.

Tahun ni tak kiralah di mana pun kita beraya, pastikan korang sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang PKPB.

Kami di OHBULAN! dan Sunway City Kuala Lumpur mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir dan Batin!



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular