Hiburan: May 29, 2020 at 03:18AM
Tidak dinafikan, jika sebut sahaja drama Indonesia atau lebih dikenali sebagai sinetron pasti sudah membayangkan jalan cerita mereka yang lucu. Lihat sahaja 'Bawang Putih, Bawang Merah' yang pernah menjadi fenomena di Malaysia satu ketika dahulu. Walaupun jalan ceritanya tidak logik, namun masih ramai yang ikuti sinetron ini. Betul tak?
Terbaru, satu lagi sinetron tauladan jadi bualan hangat netizen sehingga viral di Malaysia. Drama yang diulang tayang beberapa hari lalu di stesen televisyen Indonesia mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya lucu dengan babak di dalam sinetron tersebut. Memang kelakar!
Berkah taubat pelukis kaligrafi
Sinetron Berkah Taubat Pelukis Kaligrafi merupakan sebuah drama arahan pengarah terkenal di Indonesia Usman Jiro. Drama ini mengisahkan watak utama iaitu Hanif lakonan hebat Sidik Eduard yang curang dengan wanita lain menjelang beberapa hari dari tarikh pernikahannya.
Akibat dari perbuatannya, dia ditimpa kemalangan sehingga menyebabkan tangannya terpaksa dipotong. Selepas kemalangan itu, Hanif berubah menjadi guru mengaji dan pelukis kaligrafi yang berjaya. Dalam tempoh itu dia cuba untuk menawan kembali hati bekas tunangnya iaitu Farah lakonan Ega Novi Antika yang kecewa kerana kecurangannya.
Sudutan drama yang kelakar
Selepas tangannya dipotong, Hanif melalui saat sukar tanpa kedua-dua tangan sehingga 'mengamuk' putus asa. Dia terpaksa menggunakan kaki untuk menyuapkan makanan ke mulutnya. Perkongsian video komplikasi berdurasi 45 saat ini membuatkan ramai terhibur kerana di akhir video ini, tangan Hanif yang dari awalnya sudah dipotong muncul kembali di bawah bajunya. Ramai yang 'troll' di ruangan komen video ini sehingga kami tergelak besar!
Kaki tumbuh di atas
Ramai terhibur
Tangan disorok hantu air
Sumber : Daily Funny Videos Malaysia
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment