Hiburan: May 11, 2020 at 04:51PM
Selepas mengetahui permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak berjaya, pelakon veteran Mak Wan menjual kuih tart nanas bagi menyara dan meneruskan kelangsungan hidup.
Menurut laporan Harian Metro, Mak Wan kini juga difahamkan terpaksa membuat dan menghantar sendiri kuih berkenaan kepada pelanggannya.
"Alhamdulillah, bantuan daripada Seniman dan rakan artis tempoh hari masih ada. Cuma, saya kena berjimat cermat. Lagi pula saya tinggal sendiri. Bukan makan banyak sangat pun.
"Sepanjang Ramadan ini memadai saya minum air suam dan makan dua ke tiga biji kurma. Bagi menambah pendapatan pula, sekarang saya buat tart nanas. Saya sudah mula sejak dua minggu lalu.
"Walaupun permohonan BPN gagal, insya-Allah, ini rezeki untuk saya. Tapi, saya dimaklumkan boleh buat rayuan. Macam tart nanas, jika ada pesanan baru saya buat dan akan hantar kepada pelanggan. Kalau yang dekat dengan saya, mereka datang ambil sendiri," katanya.
Bertanya mengenai kesihatannya, pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan itu juga turut menyatakan yang beliau kini telah seminggu tidak mampu berjalan disebabkan masalah bisul di kaki.
Kredit – BH Online
"Sudah hampir seminggu saya tidak sihat dan bacaan kencing manis pula naik sehingga 19. Ditambah pula ada masalah bisul di kaki.
"Jadi, saya tidak kuat untuk berjalan. Mungkin sebab itu juga badan saya kurang sihat. Insya-Allah, selepas makan ubat beransur sembuh," katanya.
Meskipun situasi getir menghimpit kehidupan artis veteran ini, namun dirinya tetap bersyukur dan turut berterima kasih kepada beberapa rakan artis yang tidak pernah jemu membantunya.
"Alhamdulillah, ada rakan artis yang baik hati dikirimkan Allah untuk bantu saya. Terima kasih pada Lana Nordin, PU Azman, Norkhiriah, Eez dan Didie Alias. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik mereka," katanya.
Sumber: Harian Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment