Hiburan: May 11, 2020 at 08:41AM
ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee sekali lagi buat hal apabila rakaman video dia bertengkar viral di media sosial. Video tersebut menyaksikan Norhizam Hassan bertekak dan mengeluarkan kata-kata kesat di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.
'Lu jantan lu mari sini!'
Video berdurasi 1:10 minit ini memaparkan Exco Melaka itu bertindak diluar kawalan semasa persidangan di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.
Kelihatan dia mengeluarkan kata-kata kesat yang ditujukan kepada pihak pembangkang. Malah, kedua-dua belah pihak juga kelihatan jelas bertekak dengan melontarkan kata kesat antara satu sama lain.
Ni ke perangai pemimpin?
Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan dan sikap para pemimpin sepertimana dipaparkan melalui video berkenaan. Malahan, rakyat juga mula rasa kurang yakin dengan pentadbiran negara apabila melihat sikap pemimpin sedemikian.
Sumber: Syafiq Azmi
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment