Pages

Hiburan: Telefilem “Demi Tuhan Aku Bersaksi” Masih Belum Ditayang, Fadzil Zahari Mohon Penjelasan RTM

Hiburan: May 13, 2020 at 05:37AM

Telefilem "Demi Tuhan Aku Bersaksi" yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila kisah yang mengangkat aktiviti songsang dan mengetengahkan tema Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) dalam kalangan pelajar pusat tahfiz lakonan Syafie Naswip itu sehingga kini difahamkan masih belum ditayangkan.

fadzil zahari

Meskipun sudah satu tahun mendapat kelulusan tayangan, namun penerbitnya, Fadzil Zahari kecewa dan meminta penjelasan daripada pihak stesen televisyen RTM berikutan isu tersebut.

"Sepatutnya telefilem itu ditayangkan tahun lepas. Ia ditangguh ke tahun ini namun masih tiada tarikh yang ditetapkan.

"Kami ada bertanya kepada pihak RTM tentang tarikh baru itu tapi masih tidak dapat jawapan yang pasti dari mereka," ujarnya kepada mStar.

Tambah pemilik syarikat produksi Prokuya Studios itu lagi, tujuannya berkongsi perkongsian tersebut berikutan ramai yang mula bertanya mengenai telefilem terbitannya itu.

"Ramai yang mula bertanya bila telefilem itu akan ditayangkan. Kami pun tidak dapat menjawab soalan itu, kerana itu saya kongsikan isu ini di laman instagram," jelasnya.

Seakan kecewa, beliau juga turut menjelaskan bahawa telefilem berkenaan amat sarat dengan mesej positif selain dakwah yang disampaikan secara halus.

demi tuhan aku bersaksi

"Ia penuh dengan mesej yang positif jadi jika ia tidak ditayangkan, rugi la. Bagi sata, telefilem sudah terlau lama disimpan dan apa-apa isu berkenaan pusat keagamaan atau budaya hidup songsang juga sudah jarang dibincangkan jadi tidak salah untuk ditayangkan.

"Penonton mungkin tidak berminat dengan karya-kara berunsur dakwah tetapi dakwah alam telefilem ini disampaikan secara halus yang mampu menarik perhatian penonton," katanya.

demi tuhan aku bersaksi

Menurut suami kepada pelakon Yana Samsudin ini, telefilem itu juga turut mendapat maklum balas positif daripada beberapa agamawan termasuklah Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pensyarah Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin.

Untuk rekod, sebelum ini gambar dan sinopsis telefilem ini viral di laman sosial sehingga menerima kecaman netizen kerana dianggap tidak sensitif berikutan jalan ceritanya seakan mengangkat elemen budaya hidup sonsang di pusat keagamaan.

Sumber: mStar



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular