Pages

Hiburan: Tidak Layak Terima Baki BPN, Norlia Ghani Terkejut

Hiburan: May 13, 2020 at 06:37AM

Tidak layak mendapat bayaran baki Bantuan Prihatin Nasional (BPN), pelakon veteran Norlia Ghani difahamkan terkejut kerana pembayaran fasa pertama sudah diterima pada awal April lalu.

norlia ghani

Lebih musykil, menurut pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), beliau disahkan gagal menerima bayaran baki tersebut kerana namanya telah berdaftar pada sebuah syarikat.

"Pada awalnya saya layak dan sudah pun terima pembayaran awal BPN pada april lalu dan sepatutnya akan terima baki selebihnya seperti orang lain. Tapi tiba-tiba bila saya periksa, tak layak pula.

"Jadi, saya dan anak pergi la LHDN untuk bertanyakan perkara itu dan terkejut bila diberitahu yang saya tak layak sebab ada syarikat. Pihak LHDN cakap mungkin ada orang guna nama saya atau tanda tangan untuk mana-mana syarikat.

"Setahu saya memang tak pernah lagi saya buka syarikat atau mungkin saya sendiri yang bersikap cuai atau tak sedar beri tanda tangan pada kenalan. Benda itu saya tak perasan pula dan tak ingat," kata kepada mStar.

norlia ghani

Meskipun akui yang dirinya tidak terlalu meletakkan harapan untuk mendapatkan bantuan tersebut kerana tahu ramai lagi yang sama nasib sepertinya, namun Norlia tetap berharap agar wabak COVID-19 berakhir dengan segera supaya mampu bekerja semula.

"Sebenarnya masa saya di LHDN, saya ada jumpa ramai orang yang turut berkongsi nasib yang sama seperti saya apabila mereka dikatakan tidak layak sebab mempunyai syarikat sedangkan tidak pernah ada pun.

"Tapi saya pasrah sekiranya tidak dapat bantuan tersebut. Cuma, saya berasa hairan tiba-tiba saya tak layak, sebab itu saya pergi check di LHDN. Sebenarnya apa yang saya harapkan COVID-19 cepat berakhir.

"Bila wabak ini berakhir, saya dapat kerja semula walaupun taka da banyak penggambaran. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat mencari rezeki sendiri," tambahnya lagi.

Sumber: mStar

 



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular