Hiburan: May 12, 2020 at 02:34PM
Penyanyi yang semakin menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna, kongsi rasa teruja bersama peminatnya di laman Instagram apabila wajahnya terpampang di papan iklan gergasi di kota New York.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen, Yuna yang berbangga menjadi wajah Asia di negara itu turut menyebut nama ibunya seakan mahu memberitahu berita berkenaan.
Menurutnya, bagi meraikan kempen rakyat Asia anjuran platform penstriman popular Spotify, fotonya telah terpampang di beberapa kawasan sekitar kota berkenaan.
View this post on InstagramA post shared by Y U N A (@yuna) on
"Mak tengoklah…Saya ada di seluruh NY (New York), meraikan bulan Asian American & Pacific Islander Heritage bersama Spotify. Terima kasih Spotify kerana sentiasa memilih saya menjadi sebahagian daripada bulan istimewa ini. Saya sangat bangga menjadi warga Asia.
"Saya harap sangat ada di sana dan saksikan sendiri. Saya selalu terlepas peluang nak tengok papan iklan saya di New York," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Yuna khususnya rakyat tempat amat berbangga dengan pencapaiannya malah turut menitip ucapan tahniah buat penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini.
Untuk rekod foto Yuna pernah mewarnai lokasi ikonik, Times Square, New York selepas dipilih syarikat terkenal NASDAQ yang memaparkan ikon muzik pada November 2016.
Malah, sebuah lagi papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) turut memaparkan wajahnya bersempena pelancaran album, Rouge di lokasi yang sama tahun lalu.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment