Pages

Hiburan: Wanita Ditampar, Ditumbuk Suami Ketika Sambut Hari Ibu

Hiburan: May 13, 2020 at 03:21AM

Niat seorang wanita untuk meraikan Hari Ibu bersama anak dan rakan-rakan wanita yang lain terpaksa dilupakan. Ini kerana, sambutan tersebut bertukar tragedi apabila suaminya yang mabuk membelasah mangsa di kediaman mereka di Bandar Country Homes, Rawang.

Menumbuk dan mencekik

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada pukul 11 malam. Mangsa yang merupakan suri rumah dipercayai sedang berkumpul untuk menyambut Hari Ibu sebelum suaminya datang dan mengajaknya untuk berbincang.

Menurut saksi kejadian, suamin wanita tersebut tiba-tiba menampar dan menumbuk muka serta mencekik mangsa sehingga menyebabkan rakan anaknya yang turut berada di dalam rumah itu menjerit ketakutan.

Rakan wanita mangsa cuba tenangkan suspek namun tidak diendahkan dan mereka dihalau suspek supaya meninggalkan rumah itu. Selepas memukul dan memaki hamun isterinya, suspek kemudian masuk semula ke dalam biliknya.

Memecahkan pintu

Di samping itu, suspek turut mengamuk dan memecahkan pintu tandas serta mengugut mangsa dengan gunting untuk menikamnya.

Mangsa yang ketakutan turut merakam perbuatan suaminya menggunakan telefon bimbit menyebabkan suspek bertambah berang. Suspek dilapor menyerang mangsa sekali lagi sebelum merampas telefon itu dan memecahkannya. Wanita malang itu terselamat apabila ahli keluarganya bergegas ke rumah itu sebelum berjaya tenangkan suspek. Polis yang menerima laporan berhubung kejadian itu dilaporkan tiba tidak lama kemudian.

Mangsa yang cedera di mulut dan lebam di badan dipercayai sudah tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes tersebut. Tambahnya, suspek sudah ditahan dan direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular