Pages

Hiburan: Bukan Daging Sebenar! Ini Sebab Ibu Bapa Perlu STOP Beri Anak Makan Sosej

Hiburan: July 14, 2020 at 02:19AM

Tidak dinafikan, kanak-kanak memang gemar menikmati sosej daging ataupun ayam sebagai hidangan mereka. Selain dijual murah, sosej juga mudah didapati di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya besar.

Namun hakikatnya ramai ibu bapa tidak tahu akan kesan yang bakal berlaku terhadap anak-anak yang kerap makan sosej. Memang sedap tapi bagi jangka panjang, ia boleh mengundang kanser tanpa kita sedari!

Meningkatkan risiko kanser

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu perkongsian di Facebook menasihati orang ramai agar mengurangkan pengambilan sosej khususnya buat hidangan makanan utama anak-anak. Pengambilan sosej dapat meningkat risiko obesiti dan kanser usus.

Tidak dinafikan, ramai antara kita menganggap sosej mengandungi daging atau ayam segar. Bagaimanapun, anggapan itu adalah tidak benar. Sosej merupakan makanan yang telah diproses yang mempunyai kandungan lemak tepu, dimana lemak trans ini dapat meningkatkan risiko kanser.

Tinggi kandungan lemak tepu (lemak trans meningkatkan risiko kanser). Tinggi kandungan garam (sodium & MSG). Tinggi bahan pengawet. Boleh meningkatkan tahap kolestrol 'jahat' dalam badan. Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus. Kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.

Penghasilan kolestrol dalam darah

Mengambil petikan dari Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui portal The Asian Parent Malaysia, kanak-kanak yang gemar makan sosej berpotensi mendapat kanser serta sakit jantung terutamanya kanak-kanak yang menghidap penyakit leukaemia.

Selain itu, sosej juga memberi kesan kepada ibu hamil dan bayi. Jika ibu mengandung makan secara berlebihan, ianya dapat memberi kesan kepada kandungannya. Makanan ini mengandungan asid lemak yang tidak baik. Ianya dapat memberi punca kepada inflamasi dan penghasilan kolestrol dalam darah.

Sumber: Metro, Kementerian Kesihatan Malaysia, The Asian Parent



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular