Pages

Hiburan: Misteri Bau Busuk Terungkai, Mayat Kembung & Hampir Reput Ditemui Dalam Rumah Berkunci

Hiburan: July 14, 2020 at 02:47AM

Terhidu bau yang kurang menyenangkan daripada sebuah unit di Pangsapuri Indah Bay, Tanjung Bungah sejak beberapa hari lalu telah mengundang kecurigaan dalam kalangan penduduk setempat.

Menerusi laporan yang dipetik Bernama,  misteri bau busuk akhirnya terungkai selepas pihak polis menemui mayat seorang lelaki di dalam rumah berkenaan.

Bau busuk dari dalam rumah

Menurut sumber, sebelum menyedari kejadian sebenar, jiran tetangga terhidu satu bau busuk yang datangnya dari dalam rumah berkenaan. Mereka yang mengesyaki sesuatu telah membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian, pihak polis bergegas ke rumah terbabit untuk melakukan siasatan.

Menurut jirannya itu, dia cuba mengesan punca bau busuk itu sebelum mendapati ia datang dari rumah lelaki berkenaan. Wanita itu menghubungi polis dan kami meminta bantuan bomba untuk memecahkan kunci mangga kerana ia berkunci.

Mayat terduduk atas sofa

Selepas pintu dibuka, mereka mendapati mayat seorang lelaki iaitu Dexter Macarten Estrop yang berusia 59 tahun ditemui sedang terduduk di atas sofa di ruang tamu rumah berkenaan. Lebih meruntun hati apabila melihat keadaan mayat tersebut sudah kembung dan hampir reput.

Keadaan dan persekitaran rumah mangsa menunjukkan tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan atau unsur jenayah.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang duda yang baru berhenti kerja sekitar Januari lalu. Menurut pihak polis, mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak 4 atau 5 hari lepas. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Sumber: Bernama, Malaysiakini



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular