Hiburan: July 9, 2020 at 06:15AM
Jarang sekali anak muda zaman sekarang menunjukkan minat untuk melakukan aktiviti berkebun dan bercucuk tanam. Apatah lagi ianya dijadikan sumber pendapatan tetap. Kalau ada pun, tak ramai.
Tetapi lain pula buat Nuraishams yang lebih gemar meluangkan masanya bercucuk tanam di kebun. Perkongsiannya mengenai kebun yang sudah berusia setahun itu telah mendapat lebih 1 ribu tanda retweet di laman Twitter. Terbaiklah!
Dah setahun lebih
Mengimbau kembali saat pertama kali mengusahakan kebun ini, Nuraishams memberitahu pada awalnya kawasan tersebut hanya tanah lapang yang dipenuhi ranting kayu. Namun berbekalkan semangat yang jitu, siapa sangka kawasan lapang itu kini berubah menjadi kebun sayur sayuran.
Mula-mula tanam pokok buah
Pada permulaannya, dia hanya menanam pokok buah dan bayam merah. Dia hanya membuat batas kecil-kecilan terlebih dahulu.
Tak payah beli sayur di kedai
Kemudian, diteruskan dengan batas untuk menanam bendi pula. Sayuran untuk memasak dah tak perlu beli di kedai. Hanya petik saja di kebun.
Pasang jaring keliling pokok
Bagi mengelak daripada tanaman diganggu binatang seperti monyet atau babi, pastikan anda buat jaring untuk melindungi tumbuhan.
Guna bahan terpakai je
Hanya menggunakan bahan terpakai sahaja untuk membuat jaring tumbuhan. Tetapi terdapat beberapa peralatan yang perlu dibeli seperti jaring hitam, kabel, tali dan skru.
Hari-hari semai pokok baru
Banyak faedah bunga arachis
Bunga arachis pintoi digunakan untuk memberi sumber nitrogen kepada tanaman kita. Selain itu, ianya juga menghalang rumput liar untuk tumbuh di sekitar tanaman.
Buat tanah campuran sendiri
100% self sustain
Usaha yang dilakukan gadis ini adalah 100% dari dirinya sendiri. Usaha dan hasilnya itu seharusnya diberikan pujian kerana mampu menghasilkan sebuah kebun sendiri.
Sumber: Nuraishams
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment