Hiburan: July 9, 2020 at 06:01AM
Penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter kini semakin mendapat perhatian daripada individu di seluruh dunia terutamanya bagi mereka yang bergelar selebriti. Selain berperanan untuk berkongsi gambar ianya juga boleh digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila satu IG Story yang dimuatnaik supermodel terkenal iaitu Bella Hadid telah dipadam oleh pihak Instagram dengan mendakwa dia telah melanggar garis panduan yang ditetapkan.
IG Story dipadam
Menerusi posting Bella Hadid, dia meluahkan rasa kurang senang terhadap pengurusan Instagram kerana menurunkan satu kandungan IG Story yang memaparkan pasport Amerika Syarikat milik bapanya, Mohamed Hadid selain menunjukkan tarikh dan tempat kelahirannya di Palestin.
Instagram mendakwa posting tersebut dipadam kerana melanggar garis panduan yang telah ditetapkan platform berkenaan. Bella Hadid kesal dengan tindakan Instagram yang jelas membuli kerana tidak membenarkan seseorang mengakui diri sebagai Palestin di Instagram. Tambahnya lagi, Instagram tidak boleh memadam sejarah dengan 'mendiamkan' manusia.
Instagram mohon maaf
To protect the privacy of our community, we don't allow people to post personal information, such as passport numbers, on Instagram. In this case the passport number was blurred out, so this content shouldn't have been removed. We've restored the content and apologized to Bella for the mistake.
Susulan daripada itu, Page Six melaporkan, jurucakap Facebook yang merupakan syarikat induk Instagram sudah memohon maaf atas kesilapan daripada pihak mereka. Menurutnya, Instagram terpaksa menurunkan posting tersebut untuk melindungi privasi di samping tidak membenarkan pengguna memuatnaik maklumat peribadi seperti nombor pasport dan sebagainya. Tetapi bagi kes Bella ini adalah kesilapan daripada pihak Instagram kerana nombor pasport sudah pun dikaburkan dan sepatutnya tidak dijadikan isu.
Menurut Bella, dia bangga mengakui dirinya berketurunan Palestin dan setiap orang perlu berbangga walau di mana mereka dilahirkan.
Sumber: Bella Hadid, Page Six
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment