Pages

Hiburan: [FOTO] Lihat Bagaimana Bas Buruk Di UM Ini ‘Diubah’ Jadi Penginapan Airbnb Yang Santai!

Hiburan: July 10, 2020 at 05:33AM

Siapa sangka sebuah bas lama yang sudah tersadai sejak 2013 di Universiti Malaya (UM) ini bertukar menjadi tempat penginapan yang cantik, santai dan menarik selepas diberi 'nafas baru'. Tampil dengan idea unik, pihak Water Warriors dan Projek Rimba memulakan projek yang diberi nama Rumah No.2 ini. Memang cantik betul transformasi yang dilakukan, macam tak percaya!

Bas antik lama

Menerusi temubual bersama SAYS, bas antik itu telah terdampar di pekarangan kampus universiti sejak 2013 sebelum diambil alih oleh dua persatuan kelestarian UM iaitu Water Warriors dan Projek Rimba.

Idea untuk mengubahsuai dan menyelamatkan bas vintaj ini datang dari bekas Timbalan Naib Canselor Pembangunan UM, Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan. Oleh itu, ia diubah menjadi tempat tinggal yang sangat santai.

Menurut Siti Norasiah Abd Kadir yang merupakan ahli Water Warriors mengambil inisiatif ini memandangkan UM ingin membuang bas lama tersebut. Namun, selepas enam bulan merancang dan mengubahsuai, bas telah berubah menjadi ruang tamu berperabot lengkap yang diberi nama 'Rumah No.2'

Ubah jadi projek Airbnb

Kami bernasib baik kerana ketika idea itu diajukan, arkitek dan jurutera di Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Estet UM (JPPHB) mengikuti idea itu.

Seorang arkitek dari JPPHB, Nurul Husna Abd Rahman, bekerjasama rapat dengan seorang pegawai projek dari The Rimba Project, Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican, untuk mengubah idea itu menjadi kenyataan.

 Dan tentu saja, seorang kontraktor ditugaskan untuk menyelesaikan kerja berdasarkan reka bentuk yang dibincangkan oleh pasukan.

Selepas diubah suai

Airbnb ini terletak di pekarangan belakang kampus UM merupakan salah satu usaha yang patut dipuji ramai kerana konsep kitar semula ini membuahkan hasil yang sangat mengagumkan. Dengan dikelilingi tumbuhan menghijau dan berkonsepkan terbuka, ianya sekaligus dapat mengelakkan pembaziran elektrik di waktu siang.

Kami juga memiliki sistem penyaringan air untuk singki dan menghiasi bahagian dalam dengan menggunakan sebanyak mungkin produk plastik yang dikitar semula.

Malah tambah Norasiah lagi, mereka turut sedaya upaya untuk menggunakan barang terpakai bagi memelihara alam sekitar dan sekaligus menjimatkan kos.

Siap ada kebun!

Sebuah trak tunda dan kren digunakan untuk memindahkan bas dari kampus utama dan mengangkat bas ke perkarangan rumah. Kami memastikan tidak ada pokok yang terjejas dalam proses itu.

Lebih menarik apabila mereka turut membuat mini kebun dan menanam beberapa sayur dan buah-buahan untuk menggalakkan tetamu berkebun sendiri. Malah mereka turut dapat bermain dengan arnab dan ayam tuan rumah di halaman belakang rumah utama.

Pada awalnya mereka bercadang untuk mengubah bas menjadi kafe, perpustakaan, atau pusat tanaman, tetapi mereka akhirnya memutuskan untuk mengubahnya menjadi penginapan untuk disewa

Ini dapat membantu pasukan menjana pendapatan dalam usaha pemeliharaan alam sekitar di kampus kami dan untuk masyarakat luar. Bas itu juga dapat berfungsi sebagai ruang untuk tujuan pendidikan alam sekitar kerana cukup keluasan di dalamnya.

Mengakhiri temubual tersebut, dia turut mengatakan bahawa bas itu juga berfungsi sebagai muzium hidup bagi banyak generasi pelajar UM untuk berkunjung dan kembali ke masa lalu.

Ini pasti mempunyai nilai nostalgia kepada bekas kakitangan dan alumni dari kenangan yang mereka kongsi semasa kami kongsi mengenai bas ini di laman Facebook kami.

Sumber : SAYS, Rumah No 2



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular