Pages

Hiburan: ‘Wajib Boikot Makhluk Yang Tak Reti Malu Terhadap Allah Ini’ – Ustaz Dusuki Tegur Usahawan Kosmetik

Hiburan: July 10, 2020 at 05:40AM

Baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU) Amin dan Syed Bakri telah memberi teguran pedas kepada seorang usahawan kosmetik yang berpakaian dan berperwatakan wanita selepas kembali memuat naik video dan foto lucah di laman sosial. Mereka menyeru agar netizen segera memboikot produk dan melaporkan akaun Instagram usahawan berkenaan.

Terbaru, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi Facebook rasminya menegaskan bahawa umat Islam wajib memboikot mahluk seperti itu kerana tiada sifat malu terhadap Allah S.W.T.

Taubat kepada Allah

Umat Islam wajib memboikot makhluk yang tak reti malu terhadap Allah ini. Tiada ruang perasaan belas kepada pelaku maksiat kecuali taubat kepada Allah.

Belum cukup lagikah pengajaran demi pengajaran yang di tunjukkan oleh Allah sehingga perlu kepada makhluk sebegini tidak berhenti mengundang murka Allah kepada kita semua.

Menurutnya, usahawan kosmetik tersebut perlu menuju ke pintu taubat kepada Allah sebelum terlambat. Tambahnya lagi, pengajaran demi pengajaran telah ditunjukkan oleh Allah S.W.T agar makhluk sebegini berhenti mengundang murka.

Jangan ikuti & contohi sikapnya

Tolong jangan di ikuti dan dicontohi sikap yang dilaknati oleh Allah dan para malaikat kepada golongan sebegini. Maklumkan kepada semua keluarga dan masyarakat ini. Saya pohon pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya kepada golongan ini.

Di samping itu, dia turut menasihati umat Islam agar tidak mengikut sikap seperti usahawan kosmetik ini kerana ianya perkara yang dilaknati oleh Allah dan para malaikat. Selain itu, dia berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap golongan sebegini sebelum ianya menjadi semakin parah.

Sumber: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular