Pages

Hiburan: ‘From No Bulu, Sampai Berbulu Until Tanggal Bulu’ – Kapsyen Lucu Chong Wei Buat Netizen Terhibur

Hiburan: July 7, 2020 at 09:49AM

Beberapa hari lalu, arena badminton dunia telah menerima kejutan hebat apabila pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik iaitu Lin Dan mengumumkan persaraannya.

Susulan daripada pengumuman tersebut, bekas jaguh badminton negara iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei ada menitipkan kata-kata istimewa kepada jagoan China itu menerusi akaun media sosialnya.

Bait-bait istimewa

Instagram Photo

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Datuk Wira Lee Chong Wei beberapa hari lalu, dia memberitahu bahawa setiap atlet pasti akan merasai detik persaraan. Tambahnya lagi ianya merupakan saat yang sangat berat buat mereka. Beliau turut berkongsi beberapa foto 'throwback' bersama pemain handalan dari negara China itu.

Kita tahu hari ini akan tiba. Momen berat dalam hidup kita. Anda melabuhkan tirai dengan bergaya.
Anda adalah raja di mana kami berperang dengan begitu bangga. Dalam tangisan air mata yang senyap.

Difahamkan, Lin Dan sudah hampir 20 tahun menggegar gelanggang badminton dunia dan kini tiba masanya untuk 'mengundur diri' dan 'berehat'.

Kapsyen lucu

Instagram Photo

Dalam posting terbaru di Instagram Datuk Wira Lee Chong Wei, beliau sekali lagi memuatnaik foto bersama Lin Dan. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis beliau. Walaupun kapsyen tersebut agak ringkas tetapi ianya agak lucu sehingga berjaya mencuit hati netizen.

From no bulu, sampai berbulu, until tanggal bulu.

Mengikut kefahaman, kapsyen tersebut membawa maksud perkenalan mereka dalam dunia sukan ini bermula sejak kecil sehinggalah kini mereka berdua sudah bergelar seorang bapa.

Netizen terhibur

Perkongsian tersebut telah menerima hampor 80k likes dan 1k komen. Rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen yang ditulis dan menyifatkan Datuk Wira Lee Chong Wei dan Lin Dan sebagai hero badminton dunia.

Sumber: Datuk Wira Lee Chong Wei



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular