Hiburan: July 7, 2020 at 11:36AM
Gara-gara terpengaruh dengan dakwaan yang mengatakan pokok lidah jin boleh dijual sehingga RM200 sepokok, seorang lelaki telah ditahan reman oleh pihak polis. Memetik laporan Harian Metro, suspek yang menganggur didakwa telah mencuri pokok lidah jin di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Kuala Berang pada 24 Jun lalu.
Tumpang basuh tangan sebelum mencuri
Wanita terbabit kemudian mengajak rakannya untuk membuat pemeriksaan dan suspek memaklumkan singgah di kawasan berkenaan untuk mencuci tangan sebelum beredar.
Hasil pemeriksaan mendapati lima pokok lidah jin yang ditanam dalam pasu hilang dan berada dalam bakul motosikal ditunggang suspek yang ketika itu melarikan diri.
Menurut sumber, suspek tiba di tempat kejadian dalam keaddan yang mencurigakan sebelum disedari oleh seorang tenaga pengajar. Pada mulanya, suspek memberitahu bahawa dia singgah untuk mencuci tangan.
Namun selepas memeriksa kawasan itu, dia mendapati lima pokok lidah jin yang ditanam dilaporkan hilang. Dia kemudiannya mendapati kelima-lima pokok tersebut berada dalam bakul motosikal suspek sebelum dia melarikan diri.
Suspek direman 3 hari
Susulan dengan itu, suspek yang berusia 37 tahun ditahan di rumahnya. Di samping itu, Penolong Kanan Pendaftaran Mahkamah Seksyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff telah membenarkan suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Sumber: Harian Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment