Pages

Hiburan: Gadis Cari Bapa Kandung Hilang Ketika Tsunami, Bapa Tak Sangka Isteri & Anak Masih Hidup

Hiburan: July 7, 2020 at 04:23AM

Di Twitter, seorang wanita membantu rakannya untuk mencari bapa kandung yang telah lama terpisah sejak bencana tsunami beberapa tahun lalu. Menurut wanita tersebut, bapa rakannya merupakan seorang warganegara Malaysia dan ibunya pula warga Indonesia.

Cari ayah untuk jadi wali

Gadis Indonesia berkenaan menyatakan bahawa dia sedang mencari bapa kandungnya yang merupakan warganegara Malaysia untuk menjadi wali di hari pernikahannya nanti. Beberapa keping foto bapa kandung turut dimuat naik bagi memudahkan orang awam menjejaki bapa kepada gadis itu.

Terpisah sebab tsunami

Orang ramai ataupun kenalan kepada individu yang dinyatakan boleh tampil memberikan maklumat lanjut agar niat gadis Indonesia berkenaan untuk mendirikan pernikahan dapat dipermudahkan. Hasil bantuan netizen, gadis tersebut berjaya menemui bapanya.

Menurut bapa gadis tersebut, mereka terpisah sejak bencana tsunami dahulu dan dia menganggap isteri dan anaknya telah meninggal dunia. Namun, siapa sangka mereka bakal dipertemukan semula.

Sumber: Lyana Aqilah



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular