Hiburan: July 7, 2020 at 04:16AM
Mendedahkan dirinya terpaksa menggunakan duit simpanan untuk perbelanjaan keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, aktor tampan Shukri Yahaya akui mata pencariannya terjejas sepanjang menempuh fasa tersebut.
Menurut Shukri banyak hikmah yang dipelajarinya daripada ujian yang melanda malah turut diakui lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga kerana tiada apa lagi yang boleh dilakukakan memandangkan dirinya tidak mengendalikan perniagaan.
"Jadi, terpaksalah guna duit simpanan sedikit dan isteri pun ada bantu melalui perniagaan dia. Bagi saya PKP tidaklah terjejas sangat cuma tiada apa yang masuk dan perlu bergantung pada simpanan sepenuhnya."
Meskipun begitu, Shukri kini bagai mampu menarik nafas lega apabila kerjaan sudah mula membenarkan industri hiburan beroperasi semula dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
"Kalau sampai setengah tahun mungkin akan rasa terdesak dan pastinya semua akan rasa yang sama. Syukur kini pelakon sudah dibenarkan bekerja semula dan saya pun keluar mencari rezeki."
Terdahulu, kecoh di seluruh media sosial apabila ramai dalam kalangan selebriti memohon diberi bantuan khusus daripada kerajaan ekoran terjejas teruk dari segi sumber pendapatan sepanjang PKP dilaksanakan.
Sumber: Gempak
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment