Hiburan: July 6, 2020 at 07:10AM
Meskipun tidak menyangka mampu memiliki kereta Toyota Vellfire pada usia muda dan mahu menghargai diri selepas bekerja keras, penyanyi dan bintang Youtube, Aryanna Alyssa Dezek kini berjaya membeli kereta idamannya pada usia 12 tahun.
Bagaimanapun, timbul isu yang kurang senang didengar apabila wujud segelintir netizen menuduh ibu bapanya seakan tidak pandai menguruskan wang ringgit anak mereka kerana membeli kereta bukanlah pelaburan yang wajar.
Rentetan itu, ibunya Suzanne Desek tampil menjelaskan perkara tersebut. Menurutnya, mereka memutuskan untuk membeli kenderaan tersebut bagi menghormati anaknya yang mahukan sebuah kenderaan bagi memudahkan perjalanan kerjayanya dan keselesaan apabila berjalan jauh.
"Bab rumah tu kita dah sediakan untuk Alyssa dan adik. Suami saya dah belikan. Simpanan pun memang ada untuk dia sambung belajar."
Biarpun begitu, Suzanne juga seakan kecewa apabila wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab menganggap dirinya dan suami sekadar mahu menumpang kesenangan anak semata-mata. Jelasnya, mereka tidak perlu bergantung pada pendapatan anaknya itu kerana suaminya bekerja sebagai ketua jurutera kapal.
"Padahal tu kehendak dia sendiri, mungkin mereka tak tahu ayah Alyssa bekerja sebagai ketua jurutera kapal. Ayah dia pun mampu."
Walau bagaimanapun, tampil bersikap profesional, Suzanne dikhabarkan langsung tidak mengendahkan segala kecaman dan tidak menyalahkan mana-mana pihak yang tidak mengetahui tentang latar belakang keluarga mereka.
Sumber: mStar
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment