Pages

Hiburan: Isteri Luah Rasa Tak Puas Hati Bila ‘Berbincang’, Tiba Giliran Suami Ini Responnya…

Hiburan: July 6, 2020 at 06:34AM

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula pasangan suami isteri yang sudah 10 tahun hidup bersama. Di Facebook, Adlil Rajiah berkongsi cara dia dan suami menyelesaikan masalah rumah tangga. Menurutnya, mereka akan duduk berbincang sekiranya perasaan tidak puas hati terhadap pasangan wujud.

Papa akan cuba perbaiki semuanya

Sekadar gambar hiasan

So recently, we had a fight. A typical husband-wife fight. Cuma kali ni lebih intense. Bila keadaan kembali tenang, suami ajak sit down berdua untuk re-audit and re-align our relationship. Ye lah kan. Dah 10 tahun kawen, banyak benda berubah. Cinta dah tak semekar dulu. Eceh geli pulak cakap pasal cinta cinta ni haha. But apparently, semua yang dirasakan best masa awal-awal kahwin dulu, semakin hambar.

Sebelum sit down dan berbincang, we listed down semua benda yang kitorang tak puas hati with each other dan semua benda yang kitorang harap pasangan dapat improve lepas ni. Aku ni dah la pantang dibagi assignment tulis-tulis ni tangan jadi machine gun terus. Nak-nak pulak bila disuruh senaraikan kesalahan dan kekurangan suami. Mana cukup satu kertas hahah astaghfirullahalazim perempuan.

Settle senaraikan semuanya, tiba lah masa untuk duduk berbincang hati ke hati. He sat beside me calmly and asked me to read everything I wrote. I read it point by point. Page by page. He gave 100% attention and didn't say a word. Habis je aku baca semua, suami jawab Papa minta maaf. InsyaAllah papa akan cuba perbaiki semuanya. Dan dia diam semula.

Menurut Adlil Rajiah, dia dan suami akan menenangkan diri terlebih dahulu sebelum mereka duduk berbincang dan menyelesaikan masalah yang berlaku. Tambahnya, 10 tahun usia perkahwinan pasti ada pasang surut dan tidak sama seperti zaman bercinta. Mereka akan menulis semua perkara yang perlu diperbaiki dan berjanji untuk melakukan perubahan yang lebih baik.

Papa masih ingat setiap kebaikan mama

Sekadar gambar hiasan

Cepat lah, giliran papa pulak untuk luahkan apa yang papa tak puas hati dengan mama selama ni. Apa yang papa nak mama perbaiki? I urged him to read his list. Dia senyum je. Sambil geleng, dia cakap tak ada apa yang papa tak puas hati dengan mama. Semua ok je. Aku terus menyirap, tak puas hati dengan jawapan suami. Tipu lah. Takkan tak ada apa-apa. Tak payah la nak ambik hati. Cakap je.

He smiled and replied, 10 tahun papa hidup dengan mama. Of course papa tahu semua kekurangan dan keburukan mama. Of course papa boleh sebut satu-satu kalau papa nak. Tapi papa taknak. Kenapa tak nak? Sebab papa masih ingat setiap kebaikan mama. Mama lahirkan anak kita, mama susukan dia, mama jaga dia dengan baik, mama uruskan rumah, mama utamakan keluarga, mama tolong papa cari rezeki. Kalau pun papa tahu 1000 keburukan mama, papa tak sanggup nak senaraikan. Sebab papa masih ingat semua kebaikan mama. I cried and we hugged each other. Sekian perbincangan hati ke hati.

Semasa sesi perbincangan, Adlil Rajiah memberitahu suaminya enggan meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap dirinya. Ujar suaminya lagi, sepanjang 10 tahun hidup bersama, dia mengetahui kekurangan dan keburukan isteri tercinta. Cuma, dia tidak mampu sebut dan senaraikan semua perkara tersebut kerana dia memandang sisi kebaikan isteri.

5 perkara yang boleh dipelajari

Sekadar gambar hiasan

As a wife, kita selalu fikir kita lah yang paling banyak berkorban dalam perkahwinan. Mungkin betul. Tapi itu tak melayakkan kita untuk hanya mengungkit kebaikan dan pengorbanan diri sendiri, dan melupakan kebaikan suami. Makin lama kahwin, makin banyak lah kekurangan masing2 terbongkar, dan makin banyak lah tak puas hati dalam perhubungan. Dan kita mula lupa pasangan adalah cerminan kita. Aib dan keburukan kita yang terbuka di mata pasangan, sama je banyaknya.

Dikurniakan pasangan yang bukan sahaja sayangkan kita, malah sanggup tutup aib kita walaupun di hadapan mata kita sendiri adalah nikmat Allah yang jarang sekali kita syukuri. Kadang2 kita sibuk fikir salah pasangan dan tunggu pasangan minta maaf, sedangkan yang perlu minta maaf dan memaafkan adalah dengan diri kita sendiri.Ada banyak benda yang we can never develop alone. Even our own growth needs someone to respond someone very intimate yang nampak hodoh kita, tapi masih mahukan kita. Marriage is not just love, it's a friendship.

Sebagai seorang isteri, dia turut memohon para isteri di luar sana tidak melupakan kebaikan para suami. Jelasnya lagi, pasangan merupakan cerminan buat diri kita sendiri. Di akhir posting berkenaan, dia berharap semua pasangan dapat memperoleh manfaat.

Sumber: Adlil Rajiah



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular