Hiburan: July 10, 2020 at 06:08AM
Seorang kanak-kanak Jepun berusia tiga tahun ditemui meninggal dunia akibat mati kebuluran. Dia ditinggal seorang diri di sebuah apartment selama 8 hari.
Tertuduh, Saki Kakehashi, yang berasal daripada Tokyo menyangkakan anaknya akan berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Namun sebaik pulang daripada bercuti, anaknya sudah tidak bernyawa.
Tinggal anak, lawat kekasih
Photo: Asahi.com
Menerusi laporan Japan Times, Kakehashi meninggalkan anaknya seorang diri di rumah mereka di Ota Ward untuk menziarahi kekasihnya di Kagoshima. Perjalanan ke Kagoshima mengambil masa selama dua jam menaiki pesawat.
Asahi.com melaporkan, kanak-kanak itu terperangkap selama lapan hari didakwa kerana si ibu menggunakan sofa untuk menutup laluan keluar.
Menurut polis, kanak-kanak itu ditemui terbaring di atas sebuah tilam di tingkat pertama apartment. Di sekelilingnya terdapat terdapat banyak plastik makanan, botol air dan sampah sarap lain.
Berdasarkan siasatan, pihak polis percaya anaknya, Noa selama ini sering diabaikan dan menjadi mangsa penderaan. Rakan berkata, tertuduh sering meninggalkan rumah selama beberapa hari atau pulang lewat malam. Dia akan meninggalkan anak perempuannya itu seorang diri.
Diabaikan, seperti didera
Photo: Asahi.com
Hasil daripada bedah siasat, Noa dilaporkan mati akibat kebuluran dan dehidrat. Menurut sumber lagi, mangsa mengalami thymic atrophy yang kebiasaannya berlaku kepada kanak-kanak yang didera atau diabaikan.
Malah, perutnya juga hampir kosong. Selain itu, kulit di bahagian punggungnya juga kemerahan akibat terlalu lama tidak menukar lampin.
Tertuduh mengakui anaknya jatuh sakit beberapa hari sebelum kematiannya namun dia tidak mempunyai wang untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Mendapat tahu anak sudah tidak bernyawa sebaik pulang daripada bercuti pada 13 Jun, dia menelefon talian kecemasan memaklumkan tragedi itu.
Kakehashi hanya tinggal berdua bersama anak selepas berpisah dengan suami pada tahun 2017. Anaknya juga sudah lebih setahun tidak dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak.
Sumber : Japan Times , Asahi.com
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment