Hiburan: July 10, 2020 at 05:41AM
Anak kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah antara selebriti cilik yang sentiasa menjadi perhatian ramai khususnya pengikut di laman Instagram.
Hal ini kerana, telatah dua beradik ini sentiasa menambat hati pengikut kerana pandai mengikut teladan ibu bapanya. Bahkan, setiap posting yang dimuat naik di laman Instagram mereka pasti mendapat lebih ratusan ribu tanda suka daripada peminat.
Biar pun begitu, kecoh di media sosial apabila perkongsian Hanis menjadi perhatian ramai ekoran tindakan anak sulungnya, Yusuf meminta untuk belajar cara berwuduk.
Gelagat Yusuf yang baru sahaja berusia 4 tahun itu datang ke bapanya untuk bertanyakan sama ada boleh mengajarnya untuk mengambil air wuduk itu mendapat pujian daripada pengikut di platform tersebut.
Pertanyaan anaknya itu sekali gus membuatkan Hanis berasa sebak seketika ketika dia di dalam bilik mendengar permintaan tersebut.
View this post on InstagramHari ni Yusuf pergi dekat Daddy "Daddy can you teach me wudhuk?" Mommy dari dalam bilik:
A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on
" Daddy can you teach me wudhuk?"
Seperti sudah dijangka, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut yang turut terharu melihat Yusuf kini makin matang dalam kehidupan. Malah, ramai juga yang memuji permintaan anak pasangan selebriti itu dan menyatakan tingkah laku Yusuf mencerminkan keperibadian ibu bapanya yang berjaya mendidik anak sejak kecil lagi.
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Yusuf akan membesar menjadi anak yang soleh dan terus berbakti untuk ibu dan bapanya suatu hari nanti.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment