Hiburan: July 10, 2020 at 04:40AM
Bertindak mendedahkan dirinya dan kekasih hati Nizam Zaidi bagai melalui proses susah dan senang bersama, dari menaiki motorsikal ke kereta, pelakon Nonny Nadirah akui tidak pernah berputus asa dalam hidup meskipun wang di dalam poketnya hanya ada RM10.
Menurut Nonny, rajin bersedekah, utamakan keluarga dan bantu sesame manusia merupakan kunci kejayaan dalam kehidupan seseorang manusia.
"Dari grab ke motor,berhujan pakai plastik sampah. Alhamdulilah sekarang dah ada transport balik. Terima kasih buat sahabat-sahabat semua yang banyak membantu kami."
Nonny menerusi sebuah posting di Instagramnya memuat naik rakaman video sedang membonceng motorsikal yang ditunggang oleh Nizam.
Namun, seperti sudah dijangka, wujud segelintir pengikutnya di laman berkenaan seakan tidak gemar melihat Nonny membonceng motorsikal itu bersama seorang lelaki bukan muhrim dan meminta Nonny menjaga batas-batasnya.
View this post on InstagramA post shared by Nonny Nadirah (@nonnynadirah) on
Nonny bagaimanapun tampil memohon maaf kepada semua yang tersinggung dan kurang senang melihat perkongsian tersebut.
"Sejujurnya saya tiada niat pun nak menunjuk atau sengaja nak minta orang puji. Bukan saja suka-suka pun nak muat naik video tersebut."
Untuk rekod, Nonny yang sebelum ini telah bercerai dengan bekas suaminya Mustain Adnan pada tahun 2019 dikhabarkan telah mula menjalin cinta bersama Niezam sekitar sejak Mei lalu, malah tidak segan mengakui bakal mengakhirinya dengan ikatan yang sah tidak lama lagi.
Sumber: mStar
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment