Hiburan: July 10, 2020 at 04:22AM
Bekas bintang bola sepak negara, Khalid Jamlus baru-baru ini telah menerima kecaman netizen selepas memberi jawapan yang sarkastik semasa sesi temubual bersama wartawan. Terbaru, menerusi Facebook rasminya, dia memohon maaf atas keterlanjuran katanya. Dia menyedari bahawa kenyataannya itu telah mengguris hati sesetengah pihak termasuk peminatnya.
Saya pernah kerja sebagai kuli
Kepada semua anda di sana yang pernah di sanjungi, tetiba menjadi kehidupan seperti saya buat apa yang terbaik untuk melangsungkan kehidupan. Yang penting demi masa depan anda.
Baiklah, aku cerita lagi pada anda selepas saya tamat menjadi coach PDRM saya bekerja menjadi runner di Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Adakah saya belagak dan memilih kerja. Tak. Dan penah berkerja sebagai kuli di satu syarikat kontraktor.
Menurutnya, dia pernah bekerja sebagai runner di APAD dan kuli kontraktor di sebuah syarikat selepas kontraknya menjadi jurulatih pasukan PDRM telah tamat. Dia memberitahu bahawa dia tidak pernah sama sekali memilih dalam usahanya untuk mencari rezeki yang halal.
Kalau itu kerja hakiki, saya terima
So mengenai pasal tukang kebun. Kalau kata kan tu kerja saya esok hari atau jadi security guard's saya kerja. Kalau itu kerja hakiki saya.
Cuma ramai mempersoalkan, 'kau sebagai bekas pemain kebangsaan dan mempunyai pengalaman yang luas, adakah tu pilihan terbaik'. Cuma di sini jika ada peluang yang bersesuaian dengan kebolehan saya je. Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan anda , I'm sorry.
Namun, ramai yang mempersoalkan kerjayanya selepas menjadi jurulatih. Ada yang berpendapat bakat dan pengalamannya yang luas dalam sukan bola sepak tidak seharusnya diketepikan. Tambahnya lagi, jika takdirnya untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan mahupun tukang kebun, dia terima dengan hati yang terbuka. Dia memohon maaf jika kata-katanya sebelum ini telah menyinggung hati dan perasaan sesetengah pihak.
Sumber: Khalid Jamlus
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment