Hiburan: July 7, 2020 at 03:40AM
#AlJazeera mula trending dan mendapat perhatian ramai apabila menyiarkan kenyataan warga asing Bangladesh yang cuba memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Dakwaan yang disifatkan berat sebelah itu membuatkan rata-rata rakyat Malaysia mula mengecam penerbitan Al Jazeera.
Sebelum ini, Al Jazeera pernah disenarai hitamkan oleh beberapa buah negara kerana laporan yang disiarkan bersifat berat sebelah dan kontroversi. Nampaknya, ramai antara kita belum cukup 'mengenali' Al Jazeera dengan lebih dekat.
Sejarah penubuhan Al Jazeera
Al Jazeera merupakan salah satu saluran berita yang bertapak di Doha, Qatar. Syarikat media ini mula ditubuhkan pada tahun 1995 apabila BBC World Service menandatangani perjanjian bersama syarikat komunikasi Arab Saudi iaitu Orbit Communications bagi saluran berita Bahasa Arab.
Saluran tersebut pernah diberhentikan operasi selama beberapa bulan apabila BBC menyiarkan laporan hak asasi manusia di Arab Saudi sehingga mencetuskan kemarahan ramai pada April 1996. Syarikat ini bagaimanapun mula beroperasi semula selepas mendapat dana dari Emir Qatar sebanyak US Dollar 150 juta.
Media berita ini merupakan yang pertama menggunakan Bahasa Inggeris di negara Timur Tengah dan benua Afrika. Produksi media ini mempunyai empat saluran rasmi termasuk Al Jazeera, Al Jazeeha Mubasher, Al Jazeera Balkans, Al Jazeera Documentary Channel dan AJ+. Pada Mei 2017, Al Jazeera English pernah memenangi lebih 150 anugerah dan pingat di peringkat antarabangsa.
'Najib Speaks'
Dokumentari bertajuk 'Najib Speaks' yang diterbitkan Al Jazeera pada 27 Oktober 2018 ini telah menemuramah bekas Perdana Menteri iaitu Dato Seri Najib Razak.
Wawancara selama lebih 25 minit ini menyaksikan bekas Perdana Menteri itu menjawab beberapa soalan dari Mary Ann Jolley mengenai Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) dan beberapa lagi soalan kontroversi termasuk skandal 1MDB.
Dalam rakaman tersebut, beliau telah meminta Mary Ann Jolley mengemukakan soalan berkaitan ekonomi negara tetapi apabila dia melakukan sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu bertindak berdiri dan meminta untuk keluar dalam keadaan marah.
Berita berat sebelah Syrian Civil War
Al Jazeera juga pernah dikritik dengan mengeluarkan laporan mengenai perang saudara di Syria. Laporan tersebut didakwa telah menyokong pemberontak dan memfitnah pemerintah Syria. Liputan yang didakwa kurang jelas itu telah menyebabkan tiga orang wartawan Al Jazeera mengundurkan diri pada Mac 2012.
Ahmad Ibrahim yang merupakan salah seorang wartawan itu mengakui ditekan oleh Al Jazeera untuk menggunakan istilah 'syahid' kepada pemberontak Syria yang dibunuh.
Sementara itu, pada bulan Januari 2013, seorang bekas penyunting berita di Al Jazeera yang berasal dari Syria telah dipecat tanpa sebab. Dia turut mengakui ditekan oleh syarikat untuk mengeluarkan liputan berat sebelah berhubung perang saudara Syria.
Tuduhan tidak berasas
Pada 7 Ogos 2004, pemerintah negara telah menutup pejabat Al Jazeera Iraq kerana kesalahan didakwa menyampaikan gambaran negatif negara itu. Penutupan pejabat itu dilanjutkan sehingga September 2004.
Iraq pernah menyenaraihitamkan Al Jazeera kerana melaporkan berita berat sebelah pada tahun 2013. Al Jazeera pernah melaporkan tuduhan tidak berasas secara meluas dengan mendedahkan video pengganas bertopeng memancung kepala warga Barat di Iraq.
Al Jazeera juga pernah meminta agar media lain untuk menarik semula laporan berita yang disiarkan di salurkan mereka. Akhirnya, Al Jazeera tampil memohon maaf atas informasi yang tidak benar itu kepada Iraq.
15 negara senarai hitamkan Al Jazeera
Terdapat banyak lagi negara yang pernah dan telah menyenarai hitamkan Al Jazeera kerana didakwa melaporkan berita berat sebelah serta bersifat kontroversi. Antaranya ialah Algeria, Bahrain, Mesir, India, Iraq, Kuwait, Libya, Arab Saudi, Somalia, Spain, Saudan, Syria, United Arab, UK dan US.
Sumber: Al Jazeera English, Al Jazeera controversies and criticism
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment