Hiburan: July 7, 2020 at 04:16AM
Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini tampak sibuk dengan pelancaran album keduanya berjudul ManifestaSITI2020, berkata akan tetap meneruskan usaha untuk memperoleh cahaya mata kedua pada tahun ini.
Sudah lama merancang Datuk Siti atau lebih mesra disapa sebagai Tokti berkata, dia tidak berhasrat untuk menangguhkan perkara tersebut memandangkan dia sudah cukup bersedia. Tambahnya lagi, faktor umur juga memainkan peranan dan juga tidak digalakkan untuk melambat-lambatkan usaha terbabit.
Ketika ditemui Harian Metro, Tokti juga memaklumkan mengenai usaha mendapatkan cahaya mata itu tetap akan diteruskan tidak kira menerusi kaedah rawatan ataupun secara normal.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
"Bagi saya, kerja tetap perlu berjalan dan hal keluarga pun mesti diteruskan. Lagipun, saya bukan semakin muda. Buat apa nak tangguh-tangguh,"
Siti yang sebelum ini dilaporkan telah melakukan pembedahan kecil di sebuah perubatan swasta pada Februari lalu sebagai salah satu persediaan untuk hamil. Beliau dikatakan akan menggunakan kaedah persenyawaan secara 'in-vitro' (IVF) sama seperti ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Ditanyakan apakah harapan untuk percubaan mendapatkan zuriat kali ini, Tokti menyatakan hasrat untuk memiliki anak lelaki namun menyerahkan rezeki zuriat itu kepada Allah S.W.T
"Kalau boleh nak sepasang iaitu lelaki pula, lagipun dah ada perempuan. Tapi saya tetap berserah kepada Allah. Apa pun yang dikurniakan allah, saya bersyukur. Asalkan Allah izin saya hamil, saya terima saja sama ada anak lelaki atau perempuan," – Datuk Siti Nurhaliza
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment