Hiburan: July 6, 2020 at 06:13AM
Sepanjang berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segala aktiviti sosial telah diarahkan memberhentikan perkhidmatannya termasuklah pawagam. Disebabkan itu, banyak filem-filem baru juga ditangguhkan tarikh tontonan.
Walaubagaimanapun, Malaysia akan mengalami situasi baharu apabila pawagam drive-in diumumkan bakal dibuka. Orang ramai jelas teruja dengan cara baharu untuk menonton wayang ini.
Konsep retro drive-in akan kembali popular
Terbaru di Malaysia, syarikat M-Junction melalui laman Facebook dan Instagram telah mengumumkan bakal membuka pawagam drive-in pertama di Malaysia tidak lama lagi.
Dengan wujudnya wabak pandemik yang melanda dunia ini, tidak salah kita katakan cara retro untuk menonton wayang seperti pawagam drive-in ini akan kembali popular.
Menonton wayang secara drive-in ini sudah lama diperkenalkan sejak tahun 1933 lagi. Tetapi dengan wujudnya pawagam-pawagam di pusat membeli-belah, konsep ini semakin dilupakan.
Walaupun pawagam sudah mula beroperasi bermula 1 Julai lepas, ada yang kurang gemar dengan penjarakan yang diarahkan ketika menonton wayang itu dan ini sekaligus menjadikan tonton filem secara drive-in ini akan menyelesaikan masalah itu.
Dengan ini juga, ianya tidak akan mengganggu dan tidak perlu bimbang akan orang lain. Thailand adalah antara negara pertama di Asia Tenggara yang memulakan konsep ini dan ianya mendapat sambutan yang baik dari penggemar filem di sana.
Tetapi setakat ini, filem apa yang akan ditayangkan dan lokasi pawagam drive-in ini masih tidak diberitahu dan sementara itu anda boleh melayari laman web www.mjunction.my untuk senarai menunggu.
Sumber : M Junction
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment