Hiburan: July 9, 2020 at 04:27AM
Kecoh sebelum ini bertindak berpakaian wanita di Mekah ketika mengerjakan Umrah, usahawan terkemuka tanah air, Nur Sajat sekali lagi seakan sengaja mencetuskan kontroversi dan kembali menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya yang agak keterlaluan di laman Instagramnya baru-baru ini.
Bagaimanapun, posting yang menerima pelbagai kecaman daripada para pengikut di laman tersebut mendapat perhatian daripada Pencetus Ummah (PU) Amin yang menzahirkan rasa kesal dengan tindakan Sajat.
Menerusi muat naik di Instagram PU Amin, beliau dilihat seakan menyeru orang ramai untuk melancarkan boikot buat usahawan tersebut atas dasar mahu membanteras kemungkaran. Malah, mengakui akan tetap menjalankan tanggungjawabnya demi anak keturunannya.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
"Walaupun dah cium kelambu kaabah sambil menangis dia tetap ulang benda sama. Ya Allah berilah pengajaran kepada manusia ini, dia sering mempermainkan dan merosakkan agama mu Ya Allah!"
Menurutnya, masih ramai yang memuja dan membeli barangan keluaran "wanita" itu biarpun Sajat sudah secara terang-terangan tidak mengikut fitrah asalnya apabila berani berpakaian wanita dan masuk ke Tanah Suci tanpa rasa bersalah.
"Pelik dan ajaib masih ramai pengikut, masih ramai yang memuji , masih ramai yang membeli, sedangkan dia sedang merosakkan anak bangsa dengan uplod gambar gambar lucah ini. Jom lah kita sama sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya."
PU Amin dikhabarkan turut mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas serta bertindak dengan memadam segala platform media sosial milik Sajat.
Bagaimanapun, bukan sekadar mengecam tindakan Sajat semata-mata, PU Amin juga turut mendoakan agar diri usahawan tersebut menyedari bahawa segala perbuatannya yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam agar segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment