Pages

Hiburan: Pak Cik Jalan Kaki Sampai Ke Highway Seorang Diri, Bila Ditanya Rupa-Rupanya…

Hiburan: July 9, 2020 at 04:29AM

Sikap tolong-menolong merupakan satu perkara yang penting dan perlu ada dalam diri setiap individu. Melalui amalan ini, kita dapat melahirkan generasi yang berbudi pekerti selain membentuk hubungan baik sesama manusia dan antara kaum.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, LK Savatharaja, mengenai pengalamannya dan individu lain membantu pak cik berbangsa Cina sesat' di highway.

Bantu pak cik lintas jalan

Yesterday's story, around 2pm on my way to IPD Petaling Jaya for work. Suddenly all the vehicles stop on the middle of the highway. Don't know what was happen in front there. Once reach there, saw 1 Malay brother stop his DBKL lorry on the middle of the highway. He make other vehicles to stop behind his lorry. The reason he stop his lorry is, to help this Chinese Uncle (80's) crossing that highway. That Malay brother helped that Chinese uncle to cross that highway.

Menerusi perkongsian tersebut, LK Savatharaja memberitahu ketika kejadian dia dalam perjalanan menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya atas urusan kerja. Ketika melalui jalan tersebut, lebuhraya dikatakan bergerak perlahan dan kebanyakan pengguna jalan raya mula memberhentikan kenderaan mereka. Setibanya di lokasi kejadian, dia ternampak seorang lelaki berbangsa Melayu yang juga merupakan pemandu lori Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah berhenti di highway bagi membantu seorang warga emas berumur dalam lingkungan 80an melintas jalan.

Jalan kaki sampai ke highway

Before they reach to side, myself and 1 Chinese brother stop our motorbike to side. Once they reach to side, that Malay brother said he have to move coz have work. Both of us thank to that Malay brother before he leave from there. Then we talk to the Chinese Uncle what happen. He said, morning he went to hospital for check up. As usual, he will take bus to back home. But today he slept off inside bus. That's y he get down at different place and he don't know where to go. From there he start to walk until we saw him at that highway.

Menceritakan kisah itu, LK Savatharaja bersama seorang lagi penunggang motosikal berbangsa Cina kemudian memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan tersebut. Pemandu lori berkenaan kemudian berkata dia terpaksa beredar segera atas urusan kerja. Sebelum beredar, mereka sempat meluahkan rasa berterima kasih kepada individu tersebut atas bantuan yang dihulurkan.

Mereka juga sempat bertanya beberapa soalan kepada pak cik itu bagaimana dia boleh berada di situ seorang diri. Menurut Savatharaja, pak cik tersebut tertidur di dalam bas awam ketika ingin pulang ke rumahnya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital. Setelah terjaga dari tidur, dia terkejut apabila melihat dirinya sudah berada di lokasi yang berbeza. Pak cik yang hilang arah tuju kemudian telah berjalan kaki sehinggalah sampai di highway tersebut.

Hantar pak cik pulang ke rumah

Both of us try to get his family members contact number. Unfortunately, we never get any contact number from him. But, we get the address where he stay which is 9km far from there. First, we thought wanna send him thru Grab car. But, i plan to send him by my motorbike because , i dont want he miss place again. That Chinese brother help this Uncle to sit on my bike.

Once that Uncle sit on bike behind me, he hug me like small kid. Slowly i ride my bike to his house. Safely i send that Uncle to his house. Once reach to his house, he ask me to go inside his house. Because rushing to work , i said it's ok Uncle and thank you. Again he said "Raya mari rumah". Good hearted Uncle. Feel very happy for help this Uncle with get help from 1 Malay and 1 Chinese brother.

Mereka berdua kemudian cuba mendapatkan nombor telefon ahli keluarga pak cik berkenaan tetapi malangnya dia tidak mempunyai sebarang nombor untuk dihubungi. Mereka kemudian terfikir untuk menghantarnya manggunakan Grab tetapi bimbang pak cik itu akan sesat sekali lagi. Jadi, Savatharaja membuat keputusan untuk menghantar pak cik ke rumah dengan menaiki motosikalnya. Lelaki berbangsa Cina yang ada bersama-sama Savatharaja pada ketika itu membantu pak cik berkenaan duduk di atas motosikal sebelum mereka memulakan perjalanan.

Tambah Savatharaja lagi, pak cik itu memeluknya erat dari belakang seperti anak kecil sehinggalah mereka tiba di rumah. Setibanya di rumah, pak cik tersebut ada menjemputnya masuk tetapi dia terpaksa menolak kerana bergegas ke tempat kerja. Menurutnya, dia sangat gembira dapat menolong pak cik ini dengan bantuan daripada lelaki berbangsa Melayu dan Cina.

Sumber: LK Savatharaja



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular