Hiburan: July 10, 2020 at 04:10AM
Merasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya dahulu, model dan pelakon Nia Atasha akui mahu mahu berehat seketika dari memikirkan soal cinta selepas putus dengan pelakon Qi Razali pada sekitar awal tahun ini.
Menurut Nia, beliau memerlukan masa untuk "move on" kerana Qi merupakan lelaki yang paling lama menjalinkan hubungan dengannya.
"Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk saya menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan melupakan seketika hasrat untuk bercinta dengan mana-mana lelaki."
Untuk rekod, Qi sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama pelakon ini.
Bagaimanapun, Qi dikhabarkan mahu Nia menumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan terlebih dahulu dan mengejar impiannya dam menceburi diri dalam bidang seni.
Namun, ikatan cinta yang dibina beberapa tahun ini bagai musnah apabila Nia sebelum ini telah mengesahkan hubungan cintanya bersama Qi telah berakhir dan menemui titik noktah.
Namun kedua-duanya sehingga kini memilih untuk meneruskan persahabatan sebagai rakan baik tanpa menyimpan sebarang hasat dengki sesama sendiri. Pun begitu, punca perpisahan ini masih belum diketahui.
Sumber: Gempak
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment