Pages

Hiburan: Rugi Kalau Tak Buat Menantu, Anak Zarina Zainuddin Teringin ‘Melamar’ Mira Filzah Buat Isteri

Hiburan: July 9, 2020 at 07:35AM

Gelagat Azal, anak kepada pelakon Zarina Zainuddin nampaknya mencuit hati netizen apabila dia dikatakan cuba untuk melamar aktress cantik molek, Mira Filzah.

Zarina yang memuat naik entri terkini di Instagram memaparkan gelagat anaknya, Azal yang sedang cuba untuk 'memperisterikan' pelakon itu.

Dalam pada masa yang sama, Zarina sempat memuji Mira yang menurutnya, sangat sesuai untuk dibuat menantu.

"Buat hal Azal ni, nak melamar Mira Filzah pulak.. nasib lah Mira Filzah baik.. siapa tak nak kan dapat menantu cantik, baik dan hormat orang tua macam Mira Filzah ni"

Reaksi Mira Filzah yang dirakam dalam video tersebut boleh ditonton di saluran Youtube Mangkin Pictures. Dalam pada itu, rata-rata peminat berasa terhibur melihatkan gelagat Azal dan Mira Filzah yang mencuit hati.

View this post on Instagram

with my sulung and my bongsu si bongsu yang selalu cemburukan abangnya ??

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

 Untuk info, pelakon Zarina Zainuddin mempunyai empat orang cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai,22, Muhammad Naim Azraidan,15, dan Muhammad Afam Azrai,12 tahun.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular