Pages

Hiburan: Sanggup Belanja Sehingga RM10k, Lelaki Transform Bapa Jadi Hypebeast.. Stylo Habis!

Hiburan: July 9, 2020 at 07:54AM

Di Youtube, seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ashraf sanggup membelanjakan RM10 ribu untuk membeli tiga set persalinan di kedai pakaian dan aksesori terpakai bagi mengubah penampilan bapanya yang berusia 52 tahun menggunakan hoodie dan snow cap ala-ala budak hipster. Tak percaya? Jom lihat!

Tukar ayah jadi hypebeast

Muhammad Ashraf Khairul memberitahu dia sudah lama merancang untuk bekerjasama dengan bapanya bagi menjayakan sebuah projek di akaun Youtubenya. Ujarnya, bapanya yang dikenali sebagai Khairul Anuar Anas sudi melakukan transformasi kerana mahu membantu anaknya menjayakan projek video yang dirancang. Lelaki berusia 20 tahun ini turut berkata, idea tersebut tercetus selepas melihat banyak video Youtuber dari luar negara bersama bapa mereka.

Saya kerap melihat video dihasilkan YouTuber luar negara dan antara yang menarik perhatian adalah apabila ada dalam kalangan mereka mengajak bapa mereka menjayakannya. Saya lihat, tiada lagi konsep sebegitu di negara ini atau belum diketengahkan, jadi saya rasa tidak salah untuk mencuba. Lagipun, saya belum pernah melihat ayah berpenampilan sebegitu kerana selama ini, dia cenderung memakai pakaian kasual.

Ujarnya lagi, penggambaran video itu dijalankan pada 22 Jun lalu sebelum dimuat naik di YouTube, Ashraffanuar TV pada 5 Julai lalu. Sehingga kini, video tersebut telah meraih 36 ribu tontonan dan 4.1 ribu likes.

Mula-mula nampak kekok

Bercerita mengenai reaksi ayah semasa proses transformasi, Ashraf memberitahu pada awalnya ayahnya kelihatan agak kekok untuk menggayakan persalinan yang telah dipilih. Namun, dia berasa bertuah kerana ayahnya seorang yang sangat 'sporting'.

Mulanya, ayah nampak kekok juga untuk menggayakannya, tetapi sekejap saja. Sebagai anak, saya rasa bertuah kerana ayah 'sporting' sejak awal hingga akhir penggambaran diadakan.

Sementara itu, Khairul Anuar memberitahu bahawa dia hanya memakai kemeja dan seluar panjang saja, tetapi imejnya berubah 360 darjah pada hari berkenaan. Tambahnya lagi, itu merupakan kali pertama dirinya berpakaian sebegitu.

Sumber: Muhammad Ashraf, Khairul Anuar & Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular