Hiburan: July 13, 2020 at 07:55AM
Memilih untuk tidak peduli dengan segala cemuhan yang dilemparkan kepada adiknya Sharifah Sakinah, aktres dan penyampai radio terkenal tanah air Sharifah Shahirah akui perkara tersebut harus diterimanya memandangkan Sakinah merupakan seorang selebriti.
"Benda ini tak jadi lagi dekat batang hidung mereka. Sembahyang lima waktu tapi sibuk hal orang lain buat apa. Apa yang bezakan adalah mereka bukan selebriti. Saya tak kisah langsung dengan orang macam ni."
Menurutnya, penceraian yang berlaku ini merupakan proses pembelajaran buat Sakinah. Hal ini kerana, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera menegaskan, penceraian ini kadang-kadang mampu membuat seseorang itu bersikap lebih matang.
"Kadang-kadang lepas bercerai ini, kita akan lebih matang cuma akan mengambil sedikit masa. Dia akan menyesal dan belajar daripada pengalaman lalu. Itu untuk Sakinah."
Bagaimanapun Shiera sempat menyindir tingkah laku netizen yang tidak putus-putus menghentam adiknya, malah banyak lagi yang boleh dijadikan tauladan asalkan tidak menjaga tepi kain orang lain.
"Yang netizen di luar sana macam mana pulak? Banyak lagi boleh belajar asalkan tak sibuk dengan kehidupan orang lain."
Terdahulu, Sakinah pada Khamis lepas mengakui rumah tangganya dengan juruterbang Aliff Adha, berakhir pada Mei lalu. Untuk rekod, Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha yang kini telah berusia 3 tahun.
Sumber: Gempak
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment