Resepi: July 13, 2020 at 08:35AM
Assalammualaikum, salam semua. Selamat bertemu kembali. Hari ni che mat ada masa dan bolehlah kita update blog. Jarang2 dah dapat update blog, rasa malas pulak nak update kalau masak menu2 ulang tayang. Tapi hari ni che mat masak satu resipi tradisi orang2 Johor dulu kala. Iaitu ayam panggang kuali, atau ada juga yang sebut panggang kuali ayam. Selain ayam, ada yang buat guna ikan dan udang. Jangan tanya che mat, macam mana resipi di dapat nama, sebab che mat pun memang jarang dengar menu ni dulu, tapi ada juga lah tau resipi macam ni memang wujud di kalangan orang2 Johor lama. Resipi dia agak mudah, seakan2 rendang pun ada, sebab menggunakan kerisik dan seperti masak kalio pun ada juga, sebab berkuah walaupun pekat (che mat suka yang pekat). Menu ini sesuai juga dihidangkan ketika raya haji nanti. Boleh dimakan dengan nasi, roti atau ketupat. Resipi che mat ambik dari InstaGram Kak Zaidah (di sini) yang memang terkenal dengan masakan2 yang sedap, Kak Zaidah pun memang orang Johor, patutlah pandai masak, yea dak. Terima kasih kak Zaidah, saya panjang2kan resipi akak di sini pulak yea...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 ekor ayam kampung (kurang lebih 1.2 kg, boleh guna ayam daging), potong ikut suka
1 camca teh garam*
1 camca teh penuh serbuk kunyit*
2 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
1 1/2 camca besar kerisik
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
20 tangkai cili kering
8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kuyit hidup
3 biji buah keras, dihiris
2 batang serai, dihiris
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dicuci bersih, toskan dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit (*) hingga rata. Kemudian goreng ayam tadi 1/2 masak, atau goreng embal2, jangan sampai garing. Angkat dan toskan minyaknya, ketepikan. Keluarkan lebihan minyak goreng ayam tadi dan tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan.
- Tumiskan bahan2 kisar halus hingga harum dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa agar tidak hangus. Masukkan asam gelugor dan kerisik, kacau sebati dan tuang air anggaran secawan. Kacau dan biarkan mendidih.
- Masukkan ayam, gaul rata dan tambah santan pekat, kacau rata dan kecilkan api. Masak hingga ayam masak dan kuah pekat. Jika suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air panas. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi putih dan lauk2 lain. Selamat mencuba!
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment