Pages

Hiburan: Tiga Bulan Berkurung, Nelydia Senrose Seronok Dapat Berlakon Semula

Hiburan: July 9, 2020 at 04:57AM

Seolah mampu menarik nafas lega apabila dibenarkan kembali ke set penggambaran semula awal Julai lalu, pelakon Nelydia Senrose akui hampir tiga bulan terpaksa duduk di rumah sahaja susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

nelydia senrose dapat kembali berlakon

Menurutnya, beliau langsung tidak mempunyai masalah untuk mengikuti peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan apabila berada di set penggambaran. Malah mendedahkan dirinya perlu membiasakan diri dengan norma baharu sama seperti pelakon-pelakon lain.

"Alhamdulillah seronok sangat dapat bekerja semula, banyak benda nak kena polish sebabnya dah selesa duduk rumah, jadi kekok sikit tapi dalam sama sama rasa teruja."

Bagaimanapun, Nelydia tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga meskipun sudah dibenarkan bekerja semula kerana bimbang dengan bahaya jangkitan wabak COVID-19 masih belum reda di negara ini.

nelydia senrose dapat kembali berlakon

Bercakap berkenaan soal perniagaan, Nelydia memaklumkan perniagaan aksesori miliknya iaitu Nelydia Jewels semakin mendapat sambutan. Malah, sepanjang PKP juga peniagaannya tetap berjalan seperti biasa.

"Sepanjang PKP walaupun tak boleh berlakon tapi bisnes tetap berjalan macam biasa. Alhamdulillah sambutan baik dan syukur ramai yang beri sokongan."

nelydia senrose dapat kembali berlakon

Terdahulu, Nelydia disaman syarikat produk kosmetik Chriszen Malaysia Sdn Bhd kerana didakwa melanggar kontrak sebagai duta, tahun lalu. Namun, menurut pengasas yang juga Pengarah Urusannya, Mandy Leong berkata, pihaknya hanya mahu menuntut pulangan wang sebanyak RM160,000 daripada Nelydia sebagai ganti rugi. Walau bagaimanapun, perbicaraan seterusya akan disambung pada 16 Julai depan.

Sumber: mStar



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular