Pages

Showing posts with label petua hidup. Show all posts
Showing posts with label petua hidup. Show all posts

Sampul plastik elak kandungan botol meleleh keluar

Ketatkan lagi penutup botol anda

Ada terdengar cerita botol cencaluk busuk meletup dalam bas? Kalau tak pernah dengar anda memang ketinggalan zaman.

Ini ada panduan kepada sesiapa yang suka sangat berjalan cuti-cuti Malaysia membawa botol-botol krim mandian, pelembab kulit dan seangkatan dengannya. Kalau nak jadikan penutup botol-botol itu lebih ketat, gunakanlah sampul plastik nipis sebagai langkah keselamatan supaya tak kecundang di kemudian hari.

Jadi panduan ini bukanlah untuk menjadikan botol cencaluk lebih mantap tetapi hanyalah untuk botol-botol plastik sahaja. Tapi kalau nak cuba juga guna untuk botol cencaluk pihak kami tak bolehlah nak halang sebab itu hak anda.

Berbalik kepada cerita botol cencaluk tadi. Ia meletup disebabkan banyak sangat gas terperap di dalamnya dan botol itu bergoncang-goncang dan bukannya disebabkan tutupnya longgar.

Mari klik pautan di atas untuk baca-baca petua lain kalau tak tau nak buat apa sekarang ini.



Simpan timun pada suhu bilik untuk kekal lama

Timun lebih suka duduk luar peti sejuk

Panduan kepada pembeli timun sekalian. Selepas beli timun, jangan nak memandai simpan timun dalam peti sejuk. Sebaliknya janganlah segan silu simpan timun yang masih elok itu pada suhu bilik atau di mana-mana diluar peti sejuk asalkan bukan di dalamnya. Jadinya timun akan tahan lama. Kalau tak percaya, ikutlah panduan ini.

Kalau nak tau apa lagi sayur-sayuran yang tak boleh tahan sejuk, bukan sebab kulit dia kurang lemak, klik pada pautan di atas. Sekian. Itu saja.



Stabilkan papan potong makanan menggunakan gelang getah

13 kegunaan gelang getah yang tak pernah nak terpikir

Siapa yang selalu masak di dapur mesti pernah mengalami situasi sebegini di mana papan pemotong makanan bergerak-gerak ketika memotong makanan. Kalau nak atasi masalah ini gunakan gelang getah dan letakkan di dua hujung kanan dan kiri. Selalunya untuk peralatan komputer, contohnya, permukaan bawahnya datang sekali dengan getah untuk menahan peralatan itu dari jadi tidak stabil dan tergelongsor. Tapi masalah dengan papan pemotong makanan ini ialah tiada getah seperti itu di bawahnya.

Kalau nak tengok apa lagi kegunaan lain gelang getah yang mungkin anda tak terfikir jangan segan silu untuk klik pautan yang diletakkan di atas artikel ini.



Gunakan plastik makanan sebagai corong turas

14 kegunaan beg plastik makanan

Dalam kebanyakan peralatan rumah, corong turas adalah yang paling jarang sekali kita ada. Selepas ini kita boleh gantikan beg plastik makanan sebagai bahan ganti corong turas untuk menuang apa jua ke dalam bekas bermulut kecil seperti botol minuman. Ini salah satu dari 14 kegunaan beg plastik makanan yang boleh diketahui daripada pautan di atas. Untuk ketahui dengan lebih lanjut sila klik pautan di atas



Guna bleach untuk bersihkan kesan makanan tupperware

Klink pada link ini untuk ketahui petua ini


Campurkan suku cawan alat peluntur (bleach), sedikit sabun pencuci pinggan dan air paip dalam bekas makanan yang kotor, Kemudian masukkan bekas makanan itu dalam alat ketuhar gelombang selama 40 saat sehingga campuran larutan dalam bekas makanan itu mula mengeluarkan buih. Seterusnya keluarkan bekas makanan tersebut dan biarkan larutan di dalamnya menjadi kurang panas. Akhir sekali apabila larutan tersebut susah kurang panas anda boleh membasuh bekas makanan tersebut seperti biasa menggunakan sepan (sponge).



Artikel Popular